Parah diserang buaya ketika ambil air

Oleh – Syeikh Baran


Parah diserang buaya ketika ambil air

Seorang wanita warga emas parah selepas diserang seekor buaya dalam kejadian di sungai Kampung Damaran, Pulau Banggi, di sini, hari ini.



Mangsa berusia 79 tahun cedera di kaki dan tangan akibat dibaham buaya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan jam 1.53 tengah hari daripada anak saudara mangsa.

Katanya, ketika kejadian mangsa dipercayai ke sungai yang terletak berhampiran rumahnya untuk mengambil air sebelum diserang reptilia berkenaan.

“Bagaimanapun mangsa sempat diselamatkan oleh penduduk kampung sebelum dihantar ke Hospital Kudat untuk rawatan lanjut.



“Keadaan mangsa adalah stabil,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, laporan polis dirujuk ke Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk tindakan lanjut.

Sumber – Harian Metro




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading