Eriyca Baiduri: Pernah Nampak Zaiton Sameon Berjalan Sekitar Cheras

Niat Ikhlas Madammu Nak Bantu Dimakbulkan

Eriyca Baiduri: Pernah Nampak Zaiton Sameon Berjalan Sekitar Cheras

Eriyca Baiduri: Pernah Nampak Zaiton Sameon Berjalan Sekitar Cheras
Eriyca Baiduri: Pernah Nampak Zaiton Sameon Berjalan Sekitar Cheras

Usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri tidak menafikan antara sebab dia terbuka hati untuk sama-sama terlibat di dalam program mStar Baek apabila terkenang kisah lamanya yang pernah terserempak dengan bintang legenda, Zaiton Sameon sebelum ini.

Eriyca atau lebih mesra dengan panggilan Madammu, 34, menjelaskan, ketika dia masih mengikuti pengajian, dia pernah melihat Zaiton jalan seorang diri di kawasan Cheras, Kuala Lumpur.

Lalu dia pasang niat, untuk membantu penyanyi berkenaan apabila sudah berkemampuan.



“Saya sebenarnya ada momen tersendiri apabila berkongsi kisah dengan beliau. Saya masih ingat lagi ketika zaman belajar, saya pernah terserempak dengan Zaiton berjalan kaki bersendirian di sekitar kawasan Cheras.

“Daripada situ saya sudah mula terdetik mahu membantunya jika berkemampuan… Apabila melihat nama Zaiton tersenarai, saya memang teruja dan sebab dia juga saya terus bersetuju menaja program tersebut,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Jangan suka-suka guna nama Najib” – Nizar Najib




Terdahulu, program berkenaan mempunyai objektif membantu barisan selebriti yang melalui fasa sukar dalam kehidupan ketika ini yang mana mereka sebelum ini menjadi individu banyak menabur bakti kepada masyarakat menerusi bakat seni masing-masing.

Selain Zaiton, antara artis lain yang disantuni termasuklah Mak Jah, Bad (Indigo), Mak Wan Latah, Ibnor Riza, Roy (Ratnaku) Wan Maimunah, Alina Hassan dan Izwan Fitri.

Eriyca Baiduri: Pernah Nampak Zaiton Sameon Berjalan Sekitar Cheras

Eriyca Baiduri: Pernah Nampak Zaiton Sameon Berjalan Sekitar Cheras



“Nama-nama mereka yang terlibat dalam program ini merupakan selebriti yang telah menghiburkan kita dengan lakonan dan nyanyian mereka.

“Nama-nama yang terlibat dalam program ini merupakan selebriti yang telah menghiburkan kita dengan lakonan dan nyanyian mereka. Saya cukup tersentuh apabila melihat hidup mereka kini. Ada yang hidup susah dan ada juga yang mengalami masalah kesihatan.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sampai Bila BN Mahu Bergantung Kepada Undi PH?



“Saya secara peribadi mahu bantuan ini diteruskan di masa akan datang. Mungkin saya sendiri yang akan menziarahi mereka nanti,” katanya lagi.

Menerusi sidang media sama, Madammu menyerahkan wang tunai selain set penjagaan kecantikan kepada barisan selebriti yang terlibat.

Selain sumbangan wang tunai dan barangan lain daripada Noir, mereka turut mendapat sumbangan berupa barangan keperluan asas daripada Bernas seperti beras dari Jasmine, tepung (Era) dan gula (CSR) serta barangan kesihatan daripada Eskayvie.

Eriyca Baiduri: Pernah Nampak Zaiton Sameon Berjalan Sekitar Cheras

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Sebutir Beras Adalah Setitik Keringat Petani, Tetapi Mengapakah Mereka Di Abaikan?


 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading