Jepun catat suhu panas yang ‘sangat jarang berlaku’ Bernama-Xinhua

Jepun catat suhu panas yang ‘sangat jarang berlaku’ Bernama-Xinhua

Keadaan cuaca di Jepun. FOTO AFP
Jepun catat suhu panas yang ‘sangat jarang berlaku’
Bernama-Xinhua

Tokyo: Jepun baru sahaja mengalami September paling panas, dengan purata suhu bagi bulan itu mencapai paras tertinggi sejak rekod dimulakan pada 1898, menurut agensi cuaca negara tersebut, lapor Xinhua.

Suhu purata Jepun pada September melepasi nilai standard sebanyak 2.66 darjah Celsius, melebihi rekod kenaikan sebelumnya iaitu 1.51 darjah pada 2012 menandakan yang tertinggi sejak 125 tahun lalu, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Pada September, rekod suhu tertinggi bagi bulan itu diperhatikan di 111 daripada 153 lokasi pemantauan di seluruh Jepun, yang mencatatkan Julai paling panas tahun ini dan Jun kedua paling panas dalam rekod, data JMA menunjukkan pada Isnin.



Mengikut wilayah, utara dan timur Jepun kedua-duanya mengalami suhu lebih tinggi daripada purata sebanyak 3.1 darjah, dan barat Jepun sebanyak 2.3 darjah.

Suhu purata di pusat Tokyo ialah 26.7 darjah, 0.5 darjah lebih tinggi daripada suhu tertinggi sebelumnya iaitu 26.2 darjah pada 2012, tetapi 3.4 darjah lebih tinggi daripada purata.

Seorang pegawai JMA menggelar fenomena itu “sangat jarang berlaku”, yang terjadi selepas musim panas di negara itu.

Purata suhu bagi tempoh Jun-Ogos tahun ini melepasi paras biasa sebanyak 1.76 darjah, melebihi rekod kenaikan sebelumnya iaitu 1.08 darjah yang ditetapkan pada 2010 dan menjadikannya musim panas paling panas dalam sejarah Jepun.



JMA mengaitkan suhu yang sangat tinggi di seluruh negara pada September dengan aliran barat yang berliku-liku lebih ke utara daripada biasa, sementara sistem tekanan tinggi Pasifik menguat di timur Jepun.

Jepun catat suhu panas yang ‘sangat jarang berlaku’ Bernama-Xinhua


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Jangan suka-suka guna nama Najib” – Nizar Najib




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sampai Bila BN Mahu Bergantung Kepada Undi PH?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button