PRK Pulai Dan Simpang Jeram Nafikan Kemaraan Gelombang Hijau

PRK Pulai Dan Simpang Jeram Nafikan Kemaraan Gelombang Hijau

PRK Pulai Dan Simpang Jeram Nafikan Kemaraan Gelombang Hijau

Ada pihak yang mendakwa, faktor utama yang menyumbang kepada kemenangan PH/BN di PRK Pulai dan Simpang Jeram adalah kerana peratusan mengundi yang rendah.

Ketua Pemuda PN, Fadhli Shaari, pula mendakwa, 75% sokongan pengundi Melayu beralih kepada PN.

Benarkah begitu?

Penulis akui kebenaran fakta peratusan yang keluar mengundi di Pulai dan Simpang Jeram adalah rendah.



Menurut kenyataan dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), peratusan yang keluar mengundi di PRK parlimen Pulai adalah 47.33%.

Manakala peratusan yang keluar mengundi bagi PRK DUN Simpang Pulai pula adalah 60.85%.

Tetapi benarkah sekiranya peratusan mengundi melebihi 70%, maka PN akan menang selesa?

@acik.mantera



♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Apa yang tidak dinyatakan oleh Fadhli adalah, DUN Simpang Jeram sebenarnya adalah bekas kubu kuat PAS di Johor.

DUN Simpang Jeram sebelum ini dikenali sebagai DUN Sungai Abong.

DUN Sungai Abong yang kini adalah DUN Simpang Jeram, dikuasai oleh PAS dari PRU ke 12 pada tahun 2008 dan PRU 13 pada tahun 2013.



Pada PRU 12, PAS menguasai DUN Sungai Abong dengan kelebihan majoriti 1,550 undi.

Majoriti kemenangan PAS di DUN tersebut telah meningkat lebih dari 100% apabila memenanginya dengan majoriti 3,813 undi pada PRU 13.

Jadi persoalannya, mengapakah PAS boleh tewas selepas itu?

Di manakah pengundi putih PAS yang sebelum ini memberikan undi kepada calon PAS?



Mengapakah Gelombang Hijau tidak mampu untuk menarik kembali sokongan orang Melayu kepada PAS di DUN Sungai Abong?

Dalam PRN 6 negeri, fakta menunjukkan Gelombang Hijau hanya berjaya menguasai Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Manakala Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan gagal ditawan oleh Gelombang Hijau.

Keputusan di Pulai dan Simpang Jeram mengukuhkan lagi fakta bahawa Gelombang Hijau tidak relevan di negeri lain selain dari 4 negeri itu sahaja.



 

PRK Pulai Dan Simpang Jeram Nafikan Kemaraan Gelombang Hijau

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading