Glomac sedia RM1.6 bilion GDV untuk projek Loop City

Glomac sedia RM1.6 bilion GDV untuk projek Loop City

Glomac sedia RM1.6 bilion GDV untuk projek Loop City

FATEH Iskandar (empat kiri) mengumumkan projek Loop City Lakeside di Puchong. FOTO Amirudin SahibPuchong: Glomac Berhad (Glomac), pemaju hartanah terkemuka memperuntukkan kira-kira RM1.6 bilion nilai pembangunan kasar (GDV) bagi projek pembangunan barunya, Loop City di Lakeside Residences, Puchong.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Glomac, Datuk Seri FD Iskandar berkata, pihaknya optimis projek pembangunan campuran bersepadu Loop City itu akan mendapat sambutan daripada pembeli.



Katanya, sebagai permulaan, Glomac memperkenalkan Loop Residences, dengan pembinaan fasa pertama 980 unit pangsapuri servis seluas 450 hingga 750 kaki persegi membabitkan GDV benilai RM345 juta.

“Harga jualan Loop Residences bermula dari RM230,000 hingga RM660,000 di mana kami mahu memastikan golongan profesional muda, pembeli rumah kali pertama serta pesara boleh mencari penyelesaian yang ideal perumahan mereka.

“Dengan peningkatan kos sara hidup, ramai individu yang bekerja di lokasi Tier 2 (Bangsar, Petaling Jaya dan Puchong) terpaksa tinggal di lokasi Tier 3 (Rawang, Sungai Buloh, Cyberjaya) untuk meringankan beban kewangan mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terima Kembali KJ




“Apa yang kami cuba tekankan, terutamanya kepada penduduk generasi muda di Puchong adalah pilihan untuk tinggal dan bekerja di kawasan yang sama, supaya lebih dekat dengan keluarga berbanding tinggal jauh dari pusat bandar Puchong,” katanya ada taklimat Loop City di sini, hari ini.

Pembangunan di Loop City merangkumi tiga plot kediaman servis, satu plot komersial yang bakal disediakan sekolah dan hospital swasta membabitkan keluasan 15.3 ekar (6.19 hektar).

FD Iskandar berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan pelbagai bank untuk menawarkan pelbagai pilihan pembiayaan.



Beliau berkata, kebanyakan bank menyediakan pembiayaan pinjaman sehingga 100 peratus untuk pembeli rumah pertama kali, malah bagi mereka yang membeli rumah ketiga berkemungkinan boleh mendapatkan pembiayaan sehingga 90 peratus, namun tertakluk kepada terma dan syarat.

Loop City terletak di lokasi strategik yang menawarkan kemudahan dan kebolehcapaian untuk penduduk serta hanya kira-kira dua kilometer dari stesen transit aliran ringan (LRT), memudahkan perjalanan ulang-alik dan membolehkan penduduk untuk berhubung dengan lancar ke pusat bandar.

Pusat beli-belah utama yang berhampiran turut menyediakan pelbagai pilihan tempat makan, pasar raya besar dan pelbagai kemudahan, manakala kewujudan bank, klinik, dan sekolah, memastikan penduduk mempunyai keperluan yang penting dan mudah untuk dicapai.

Glomac sedia RM1.6 bilion GDV untuk projek Loop City

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zahid Beri Bayangan Sudah Sampai Masanya Najib Kembali

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button