Akaun Fleksibel KWSP: Mengimbangi mandat persaraan, sokongan kelangsungan ekonomi

Akaun Fleksibel KWSP: Mengimbangi mandat persaraan, sokongan kelangsungan ekonomi

KWSP Cawangan Kuala Lumpur. FOTO Hairul Anuar Rahim
Akaun Fleksibel KWSP: Mengimbangi mandat persaraan, sokongan kelangsungan ekonomi

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dalam proses evolusi, berganjak daripada tumpuan tradisional berkaitan simpanan persaraan kepada mengimbangi antara keperluan jaminan simpanan mencukupi dan menyokong kelangsungan ekonomi ahlinya, kata pakar.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ini jelas merujuk kepada langkah dana persaraan itu memperkenalkan Akaun, semalam, yang dinamakan sebagai Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024.

“Kita sendiri melihat wujudnya pelbagai isu seperti kos sara hidup, pertumbuhan upah/gaji yang perlahan serta perkembangan penggajian ekonomi gig yang memberi impak besar ke atas kehidupan rakyat Malaysia serta ahli KWSP sendiri.



“Oleh itu, boleh dikatakan bahawa KWSP melakukan langkah sukar dalam usaha memenuhi keperluan memastikan simpanan mencukupi bagi persaraan dan pada masa sama menjamin kelangsungan ekonomi ahli terbabit,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam juga menegaskan bahawa KWSP juga bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM




“Kita mempunyai dasar mengenai pendidikan, penjagaan kesihatan, keusahawanan dan bantuan kewangan dalam bentuk subsidi, bantuan tunai, biasiswa, geran dan pembiayaan mikro misalnya yang menyediakan platform untuk rakyat menikmati kehidupan lebih baik.

Beliau berkata, ahli KWSP juga berkemungkinan tidak mendapat manfaat daripada impak tambahan pelaburan utama dalam simpanan, jika mereka memilih menyertai Akaun Fleksibel dan mengeluarkan caruman berkaitan.

“Oleh itu, ahli perlu bertindak melakukan usaha wajar di peringkat masing-masing sebelum memutuskan untuk membuat pengeluaran caruman.

“Mereka sebaliknya perlu memanfaatkan peluang ini untuk mengambil tindakan membetulkan keadaan apabila berdepan isu seperti hutang yang tinggi. Saya percaya Akaun Fleksibel ini boleh membantu dari segi memulihkan kedudukan kewangan masing-masing.



“Walaupun langkah ini akan membolehkan ahli mempunyai pendapatan boleh guna lebih tinggi, ia sebaliknya memerlukan ahli untuk lebih berdisiplin dari segi memanfaatkan Akaun Fleksibel,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS) Prof Tan Peck Leong berkata, Malaysia sedang beralih kepada negara yang menua dan jangka hayat semakin meningkat susulan kemajuan yang dicapai dalam penjagaan kesihatan.

“Penting untuk menyedari bahawa sebarang tindakan hari ini akan memberi kesan mendalam kepada jaminan kewangan pada masa depan dan pesara akan memerlukan sumber kewangan yang banyak untuk menampung keperluan diri mereka.

“Pengeluaran caruman itu hanya perlu dipertimbangkan untuk pelaburan jangka masa panjang yang penting seperti pendidikan, perumahan atau kecemasan perubatan. Perbelanjaan tidak penting seperti barangan mewah atau percutian tidak sepatutnya dibiayai melalui pengeluaran KWSP,” katanya.



Akaun Fleksibel KWSP: Mengimbangi mandat persaraan, sokongan kelangsungan ekonomi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading