Kereta ubah haluan punca kemalangan babitkan lima superbike – Polis

Kereta ubah haluan punca kemalangan babitkan lima superbike - Polis

Kereta ubah haluan punca kemalangan babitkan lima superbike – Polis

KUALA LUMPUR: Cuba mengelak sebuah kereta yang mengubah haluan dipercayai menjadi punca kemalangan membabitkan lima motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 26.4 Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK), tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi, ketika kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi itu dalam perjalanan dari arah Genting Highlands menghala ke Gombak.



“Sebuah motosikal dipercayai hilang kawalan selepas sebuah kereta yang tidak dapat dipastikan nombor pendaftaran dan jenis, mengubah haluan masuk ke lorong penunggang motosikal terbabit.

“Ia menyebabkan seorang daripada penunggang motosikal berkenaan terbabas ke lorong kanan jalan dan terjatuh.

“Empat lagi penunggang motosikal turut terbabas di atas jalan akibat gagal mengelak motosikal pertama yang jatuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, katanya, semua penunggang motosikal lelaki berusia antara 35 hingga 58 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan beberapa bahagian badan lain.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Semua mangsa kemudian dibawa dengan ambulans ke Hospital Selayang dan menerima rawatan di Zon Merah dan Zon Kuning hospital terbabit.

“Dalam pada itu, pihak polis masih meneruskan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 0176645812 atau 03-61262222.

Terdahulu, BH melaporkan aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) arah ibu negara perlahan lebih 11 kilometer dari KM37.7 (Genting Sempah-Gombak) akibat kemalangan itu.



Menurut Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi, berkata kemalangan itu menyebabkan lorong laju di lebuh raya berkenaan terhalang.

Kereta ubah haluan punca kemalangan babitkan lima superbike - Polis
Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah motosikal jenis Honda dalam kemalangan di KM 26.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dekat Gombak, semalam. – Foto Bomba

SPRM Hadapi Zaman Sibuk, Lepas Siasat RM92.5 Bilion, Fail ‘Mark Up’ Projek YTL Di Sabah Menunggu

Kereta ubah haluan punca kemalangan babitkan lima superbike – Polis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM Hadapi Zaman Sibuk, Lepas Siasat RM92.5 Bilion, Fail ‘Mark Up’ Projek YTL Di Sabah Menunggu



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading