Malaysian Tigress raih tiket Kelayakan Olimpik

Malaysian Tigress raih tiket Kelayakan Olimpik

Malaysian Tigress raih tiket Kelayakan Olimpik
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meraikan kejayaan skuad hoki wanita negara meraih tempat kelima Sukan Asia Hangzhou selepas menewaskan Thailand hari ini. – OLYMPIC COUNCIL OF MALAYSIA

SEPANG – Skuad hoki wanita negara menghadirkan berita gembira buat arena hoki tanah air yang masih dibayangi kegagalan pasukan lelaki pada Sukan Asia Hangzhou.

Ia selepas Malaysian Tigress berjaya menyambar salah satu daripada empat slot Asia ke Kelayakan Olimpik yang akan diadakan di Changzhou, China dan Valencia, Sepanyol dari 13 hingga 21 Januari tahun depan.

Kejayaan itu hadir selepas skuad wanita berjaya meraih tempat kelima menewaskan Thailand 2-1 dalam klasifikasi lima dan enam Sukan Asia Hangzhou di Stadium Gongshu Canal Sports Park sebentar tadi.



Ia sekali gus mencapai sasaran ditetapkan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) terhadap skuad wanita memandangkan pasukan itu dibentuk sejak 2020 dengan misi utamanya adalah Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.

“Kita mendapat kemenangan yang amat ditunggu-tunggu kerana sudah menjangka tentangan sengit daripada Thailand. Saya memuji pemain-pemain terutama yang senior kerana memberikan persembahan terbaik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?




MALAYSIA (jersi kuning) berjaya menyambar salah satu daripada empat tiket Kelayakan Olimpik daripada benua Asia atas kejayaan meraih tempat kelima Sukan Asia Hangzhou. – OLYMPIC COUNCIL OF MALAYSIA
“Kita perlukan lagi pendedahan kejohanan-kejohanan besar seperti ini supaya pasukan wanita boleh berkembang baik dan para pemain mendapat pengalaman untuk dibawa ke masa depan,” kata ketua jurulatih, Nasihin Nubli Ibrahim.

Dalam aksi itu, skuad negara ketinggalan terlebih dahulu kepada Thailand seawal minit kelima menerusi gol padang Inpa Kunjira.

Bagaimanapun, Malaysian Tigress, No.19 dunia, bangkit menyamakan kedudukan hasil pukulan sudut penalti yang berjaya disudahkan oleh penyerang berpengalaman, Hanis Nadiah Onn pada minit ke-12.

Berbaki empat minit sebelum tamat, Nuraini Abdul Rashid meledak gol kemenangan menerusi pukulan sudut penalti memastikan tempat kelima Sukan Asia Hangzhou dan slot Kelayakan Olimpik menjadi milik negara.



Sebagai rekod, skuad hoki wanita negara tidak pernah beraksi di pentas Olimpik sejak edisi pertama acara itu dipertandingkan di Moscow, Rusia pada 1980. – KOSMO! ONLINE

Malaysian Tigress raih tiket Kelayakan Olimpik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button