Pestabola Merdeka: Harimau Malaya mula ‘asah taring’

Pestabola Merdeka: Harimau Malaya mula ‘asah taring’

Pestabola Merdeka: Harimau Malaya mula ‘asah taring’
Safawi Rasid (tengah) antara pemain yang telah melapor diri pada sesi latihan pertama skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini. – Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Seramai 23 pemain melaporkan diri dalam sesi latihan pertama skuad Harimau Malaya menjelang kejohanan Pestabola Merdeka yang akan membuka tirai pada 13 Oktober depan.

Ketua jurulatih skuad negara, Kim Pan-gon mengesahkan dua pemain berpangkalan di luar negara, Dion Cools yang mewakili skuad Buriram United dan Nooa Laine (SJK Seinajoki) hanya akan bersama pasukan bermula Isnin.

Kata Pan-gon, seorang lagi pemain yang mewakili kelab Sabah FC, Stuart Wilkin sudah melaporkan diri tetapi terpaksa disisihkan pada sesi latihan kerana mengalami kecederaan.



“Fokus pasukan pada tiga hari pertama ini adalah pemulihan prestasi barisan pemain yang mana dalam kalangan mereka telah mengharungi aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC baru-baru ini.

“Isnin baru kita akan tumpu pada latihan intensif dengan kehadiran penuh pasukan apabila Nooa dan Cools bakal hadir nanti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?




“Berdasarkan laporan yang saya terima, hanya Stuart mengalami kecederaan hamstring manakala pemain lain berada dalam keadaan terbaik,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

kuad Harimau Malaya akan mengharungi saingan menentang pasukan ranking ke-102 dunia, India pada Jumaat depan dan seterusnya berdepan sama ada Palestin atau Tajikistan pada 17 Oktober depan.

Pestabola Merdeka: Harimau Malaya mula ‘asah taring’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading