Dua lagi penganjur Festival Hooray X Fest Raya ditahan

Dua lagi penganjur Festival Hooray X Fest Raya ditahan

Dua lagi penganjur Festival Hooray X Fest Raya ditahan
Polis menahan dua lagi suspek penganjur Hooray X Fest Raya di WTC. – Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes pembatalan saat akhir penganjuran pesta beli belah sempena sambutan Hari Raya, Hooray X Fest Raya di Pusat Dagangan Dunia (WTC), minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata suspek terbaru dalam kes berkenaan selepas tiga orang individu, termasuk dua wanita ditahan awal minggu ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, dua individu itu suspek keempat dan kelima kes sama iaitu Pengurus Majlis Festival Hooray X Fest Raya dan seorang lagi pegawai pemasaran untuk majlis itu.



“Kedua-dua suspek lelaki tempatan terdiri daripada warga emas berusia 74 tahun dan lelaki berusia 43 tahun ditahan di ibu negara.

“Mereka direman selama empat hari bermula Jumaat lalu,” katanya hari ini.

Noor Dellhan berkata, tiga suspek awal iaitu dua wanita dan seorang lelaki yang direman sehingga 21 April lalu sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka selesai direkodkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Majlis Peguam Membisu Bila Mahkamah Pulangkan Sementara Passpot Syed Siddiq




Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan jumlah kerugian dianggarkan RM80,000.

Dalam satu kenyataan pada Khams lalu, Noor Dellhan mengesahkan terhadap seorang lelaki berusia 23 tahun dan dua wanita masing-masing berusia 50 dan 51 tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Teruk Majlis Peguam dan pakar undang undang kena salai dengan Tan Sri Shafie



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button