Tak rela dinodai! Rider cuak ‘wanita jadian’ minta hantar makanan di bilik hotel
“Bila masa pula I boyfriend you”
“Alhamdulillah kawan selamat. Hampir dinodai ‘wanita jadian’. Nasib baik aku teman. Kalau tak, trauma kawan aku,” dia menulis di ruangan kapsyen.
Menurut pemilik akaun itu, pada awalnya pelanggan ‘bernama pelik’ tersebut meninggalkan pesan supaya makanannya ditinggalkan di lobi hotel.

Menerusi video yang dikongsi, pelanggan itu turut bertanya jika dia boleh membuat pembayaran secara pemindahan wang melalui akaun bank.
Bagaimanapun situasi tiba-tiba bertukar ‘seram’ apabila individu itu mula memanggilnya dengan panggilan manja iaitu ‘sayang’ dan meminta naik ke bilik hotel untuk menghantar makanan dipesan.
“Abang sayang, boleh bayar transfer ke?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?
- Sri Ram Paksi kes Najib, ketiadaan nya ‘advantage’ kepada pasukan pembela.
- Khaled Nordin Hadapi Tugas Berat Di Johor
- Jawapan Kepada UMNO Bahagian Sembrong
- Anwar Ibarat Memberi Bola Tanggung Kepada Lawan
“Abang sayang, nanti hantar kat tingkat empat tau,” kata pelanggan itu.
Walaupun berasa kurang selesa dengan panggilan manja itu, rider berkenaan masih bersikap profesional dan memberi layanan yang baik kepada pelanggan tersebut.
Dia itu turut mempersoalkan hubungannya dengan pelanggan tersebut kerana dipanggil dengan panggilan ‘sayang’.
“Aik, bila masa pula I boyfriend you. Siap panggil sayang.
“Boleh je transfer. Tak ada masalah. Cuma jangan tipu,” katanya.

Video yang dimuat naik itu meraih lebih 200,000 tontonan dan lebih 11,000 tanda suka.
Menjengah ruangan komen, ada netizen yang berkongsi pengalaman pernah melalui situasi seperti itu.
“Saya pernah kena. Waktu hantar makanan tu hujan. Lepas tu dia ajak masuk. Bila nak bagi baki tu dia pegang tangan suruh masuk. Bahaya.
“Haha aku pernah kena. Lepas tu yang kantoinya sebab aku tak cukup duit nak bagi baki. Jadi aku guna kod QR dengan dia. Sekali nama lelaki keluar.
“Aku pernah nak hantar pesanan dan pernah nak kena tarik tangan. Dia pegang tangan aku. Nasib baiklah aku elak-elak,” kongsi netizen.
Jepun cuak peluru berpandu Korea Utara hampir ceroboh ruang udara
Tak rela dinodai! Rider cuak ‘wanita jadian’ minta hantar makanan di bilik hotel
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Indeks Persepsi Rasuah Malaysia makin parah, Tidak mendakwa Zeti dan Nazlan mungkin antara penyebab.
- Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.
- Zeti, Nazlan terus bebas tanpa gusar
- Zahid Hamidi: Pakar Bedah UMNO Berdarah Jawa
- Akaun parti dibeku , PPBM hadapi PRN dengan imej “penyamun”.
- ‘Langkah Sheraton 2.0’ naratif baru BERSATU?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan