Teman lelaki amuk pecah cermin kereta, ugut bunuh

Teman lelaki amuk pecah cermin kereta, ugut bunuh

Teman lelaki amuk pecah cermin kereta, ugut bunuh

AMPANG: Seorang lelaki dikesan positif dadah, didakwa memecahkan cermin kereta serta membuat ugutan bunuh dalam kejadian amuk di hadapan rumah teman wanitanya di sebuah rumah di Kampung Cheras Baru, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu daripada adik perempuan teman wanita suspek itu kira-kira jam 2 petang semalam.



Beliau berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika pengadu menerima panggilan telefon daripada ibunya memaklumkan bahawa kakak pengadu berada di rumah terbabit bersama seorang lelaki dipercayai teman lelaki.

“Pada masa sama, bekas isteri kepada teman lelaki kakaknya itu dikatakan turut berada di lokasi kejadian.

“Teman lelaki kakaknya itu kemudian didakwa mengamuk serta memecahkan cermin hadapan kereta pengadu jenis Proton Saga FLX dan mematahkan tempat pemegang pintu sebelah pemandu dengan menggunakan parang.

“Malah, suspek berusia 40 tahun itu juga didakwa mengugut mahu membunuh ibu dan anak pengadu dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Susulan itu, Mohamad Farouk berkata, pihaknya menahan suspek dan merampas sebilah parang sepanjang 64 sentimeter di Kampung Cheras Baru, kira-kira jam 3.30 petang sama.

“Punca suspek mengamuk dipercayai kerana bertengkar secara lisan dengan bekas isterinya di hadapan rumah teman wanitanya.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod dadah, manakala hasil ujian saringan air kencing adalah positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 13 Februari.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah yang mendatangkan ketakutan dan perbuatan khianat atas harta benda,” katanya.

PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara

 



Teman lelaki amuk pecah cermin kereta, ugut bunuh

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button