Bekas kapten Liverpool ‘bercerai’ dengan Al-Ettifaq

Bekas kapten Liverpool ‘bercerai’ dengan Al-Ettifaq

Bekas kapten Liverpool ‘bercerai’ dengan Al-Ettifaq
HENDERSON dilaporkan bakal menyertai Ajax secara percuma dengan kontrak selama 18 bulan. – JORDAN HENDERSON

DAMMAN – Bekas kapten Liverpool, Jordan Henderson membuat keputusan mengejut apabila mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontraknya dengan kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq.

Difahamkan, Henderson, 33, telah ‘terbang’ pulang ke England untuk melakukan rundingan menyertai Ajax secara percuma sebelum menjalani ujian perubatan bersama gergasi Belanda itu di Amsterdam hujung minggu ini.

Bintang tengah England itu dikatakan kerugian hampir £1 juta (RM5.98 juta) termasuk cukai selepas hanya bermain selama enam bulan daripada kontrak tiga tahunnya bersama Ettifaq.



Buat masa ini, Ajax dilaporkan hanya bersedia menawarkan perjanjian selama 18 bulan dengan lanjutan kontrak semusim lagi.

Dalam masa sama, Henderson juga perlu bersedia menerima tawaran gaji rendah berbanding jumlah diterimanya ketika ini berjumlah £350,000 (RM2.09 juta) seminggu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sah! Semua akan bertukar esok, rakyat perlu bersedia




Jika segalanya berjalan seperti dirancang, Henderson akan membuat debut bersama Ajax dalam saingan Eredivise Belanda menentang Heracles di Stadium Erve Asito pada 28 Januari ini.

Sebagaoi rekod, Ajax yang kini di bawah bimbingan John Van’t Schip melonjak ke tangga kelima, namun masih ketinggalan jauh 23 mata di belakang pendahulu liga, PSV Eindhoven. – AGENSI

Bekas kapten Liverpool ‘bercerai’ dengan Al-Ettifaq

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mungkin Ada Sinar Bila Keputusan Representasi Kes Rosmah Mansor Di Tangguh Lagi

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button