OKT mati sebelum didakwa

OKT mati sebelum didakwa

OKT mati sebelum didakwa
OKT mati di Hospital Raja Permaisuri Bainun – Foto hiasan

IPOH: Seorang lelaki warga emas yang juga orang kena tangkap (OKT) meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata kematian lelaki berusia 62 tahun terbabit disahkan jam kira-kira 10.30 pagi tadi, selepas dikatakan tidak sihat di lokap Balai Polis Jelapang.

Katanya, OKT itu ditangkap pada Sabtu lalu mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Jalan Carey, di sini dan sedang ditahan sementara siasatan dijalankan.



Beliau berkata, kira-kira jam 9.02 pagi tadi OKT berkenaan didapati tidak sihat sementara sedang menunggu untuk dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh untuk menjalani pendakwaan (pertuduhan).

“Polis menghubungi hospital dengan OKT itu dihantar ke HRPB oleh ambulans untuk menerima rawatan, sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.30 pagi tadi,” katanya.

Beliau berkata, susulan itu kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Katanya, bedah siasat ke atas mayat dijadualkan pada esok.



Operasi beberapa premis di Sabah dilanjutkan hingga 8 malam

OKT mati sebelum didakwa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Operasi beberapa premis di Sabah dilanjutkan hingga 8 malam



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button