Hamzah sahkan akaun bank miliknya, isteri dibekukan

Hamzah sahkan akaun bank miliknya, isteri dibekukan

Hamzah sahkan akaun bank miliknya, isteri dibekukan
DATUK Seri Hamzah Zainudin. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, hari ini mengesahkan akaun bank miliknya dan isteri dibekukan oleh pihak berwajib sejak semalam.

Katanya, beliau percaya tindakan terhadapnya itu ada campur tangan dan tekanan daripada pemimpin politik tertinggi dalam kerajaan.

“Pembekuan ini, yang kemudiannya disebarkan kepada media adalah usaha terdesak kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim untuk terus menekan Perikatan Nasional (PN) yang semakin mendapat kepercayaan rakyat.



“Ia juga satu taktik kotor berterusan bagi mencipta persepsi buruk terhadap PN terutama selepas sokongan majoriti rakyat beralih kepada PN yang memenangi 146 daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media hari ini melaporkan, akaun bank milik Hamzah dan ahli keluarganya dibekukan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebocoran maklumat IPIC, Najib akan terus di’zalimi’?




 

Difahamkan, pembekuan itu dilakukan pihak terbabit semalam dan tindakan itu dipercayai sebahagian daripada siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hamzah berhubung kes rasuah RM15 juta.

Mengulas lanjut Hamzah berkata, beliau percaya lebih banyak tindakan bermotifkan politik bakal diambil ke atas pihaknya dan kepimpinan PN yang lain termasuk menggunakan polis bagi menyiasat dirinya kerana mengkritik DAP pada kempen PRN.

“Kezaliman kerajaan PH-BN ini tidak akan menghentikan perjuangan saya, demi masa depan negara dan rakyat saya akan terus melawan kerajaan zalim ini.



“Tindakan pendakwaan politik ini sama dengan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara diperalatkan bagi mencipta fitnah,” katanya.

Hamzah berkata, dakwaan itu akhirnya dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana pertuduhan ke atas Muhyiddin dianggap tidak berasas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Genap setahun Najib di Kajang, adakah akan terus dianiaya?




“Hakim juga memutuskan bahawa pendakwaan itu adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah menyerahkan surat tuntutan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, kerajaan, dan pihak peguam serta sedang menyediakan dokumen berkaitan untuk mengambil tindakan terhadap pihak berkenaan.

“Saya sedang menyediakan kertas-kertas tindakan untuk tujuan memulakan tindakan Mahkamah terhadap SPRM, Ketua Pesuruhjayanya dan Kerajaan Malaysia.

“Ini kerana mereka mengheret nama saya dalam kes pendakwaan yang tiada kena mengena langsung dengan saya,” katanya.



Hamzah sahkan akaun bank miliknya, isteri dibekukan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Azmin Mula Menyerang Muhyiddin, Adakah PAS Di Belakangnya?



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button