Ibu Khai Bahar dirawat di ICU

Ibu Khai Bahar dirawat di ICU

Ibu Khai Bahar dirawat di ICU
Khai Bahar bersama ibunya.

Kuala Lumpur: Ibu penyanyi popular Khai Bahar, Rosnah Muhammad, 61, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, akibat masalah buah pinggang sejak Rabu lalu.

Khai, 28, atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin berkata, ibunya masih belum sedarkan diri dan memerlukan pemantauan rapi.

“Mak masih di ICU sejak Rabu lagi. Dia belum sedarkan diri. Mak memang ada masalah buah pinggang sudah lama, tapi dia tidak buat dialisis. Mak jenis yang takut nak ke hospital, cuma baru-baru ini keadaannya teruk dan itu yang terus bawa ke hospital. Ini kali pertama mak dimasukkan ke hospital,” katanya kepada Harian Metro.



Menurut Khai, doktor memaklumkan ibunya perlu menjalani rawatan dialisis hingga keadaan kembali stabil.

“Setakat ini doktor tidak ada cakap apa-apa lagi. Cuma, saya dan adik-beradik lain dimaklumkan mak kena buat dialisis hingga dia stabil dan sedarkan diri,” katanya.

Disebabkan itu, Khai terpaksa menunda beberapa komitmen kerja yang sudah diatur kerana menjaga ibunya di hospital.

“Sebab mak di ICU, jadi tidak ada yang boleh teman. Tapi kami bergilir-gilir tunggu di hospital sebab senang nak dapat maklumat lanjut daripada doktor. Kalau mak dibawa buat dialisis baru data tengok. Sepanjang minggu ini saya tangguhkan dulu semua kerja. Insya-Allah, minggu depan mula balik,” katanya.



Khai Bahar mengaku ada ‘crush’

Ibu Khai Bahar dirawat di ICU


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button