Hamas dah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata

Hamas dah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata

Hamas dah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
PENDUDUK memeriksa kerosakan rumah yang dibom tentera Israel di Rafah. FOTO AFP

Istanbul: Kumpulan pejuang Palestin, Hamas mengumumkan pada Sabtu bahawa ia telah menerima maklum balas rasmi daripada Israel mengenai satu cadangan pertukaran tawanan dan gencatan senjata yang dihantar kepada Mesir dan Qatar pada 13 April lepas, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Hamas menerima maklum balas rasmi Israel terhadap cadangan pergerakan itu yang disampaikan kepada perantara Mesir dan Qatar, pada 13 April,” kata Khalil al-Hayya, Timbalan Ketua kumpulan itu di Semenanjung Gaza dan Ketua Pejabat Hubungan Arab dan Islam.

“Pergerakan ini akan mengkaji cadangan itu dan setelah selesai akan menghantar maklum balasnya kepada orang tengah,” kata al-Hayya.



Israel mengebom Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober dan membunuh lebih daripada 34,000 warga Palestin.

Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM




Amerika Syarikat, Qatar dan Mesir cuba untuk mengusulkan satu perjanjian bagi membebaskan baki warga Israel yang ditawan.

Gesaan dari seluruh dunia untuk satu gencatan senjata semakin meningkat dengan serangan ke atas Gaza kini memasuki bulan ketujuh.

Israel didakwa melakukan genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang pada Januari mengeluarkan perintah sementara supaya Tel Aviv menghentikan genosid dan mengambil langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaan disediakan untuk orang awam di Gaza.



Hamas dah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading