Mee Celop Kelantan

Mee Celop Kelantan
Mee Celop Kelantan

Mee Celop Kelantan

Hi Semua, jom tengok Che Nom masak mee celop Kelantan kali ni. Resepi asal Che Nom rujuk dari Youtube Dari Dapur CikNa. Memang sedap sangat resepi ni. Rasa macam makan kat kedai. Dalam video ni, Che nom tunjuk cara untuk buat sup, bahan-bahan yang digunakan sebagai condiment atau hidangan dan juga cara untuk buat homemade crispy garlic oil serta sambal lada sebagai pelengkap kepada hidangan mee celop yang hebat ni. Condiment yang wajib untuk tambahan rasa pula bagi Che Nom ialah sambal lada dan serbuk cili, taburan daun ketumbar, crispy garlic oil dan juga serbuk kacang tanah. Itu yang bagi kelainan rasa dan tak ada pada masakan mee lain. Kalau kita masak dengan daging yang fresh, bertambah-tambah special rasa dia. Sepinggan tak cukup!

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk sup:
    • 5 ulas bawang putih
    • 1-2 biji bawang merah kecil
    • 2 inci halia
    • rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 kumtum bunga lawang, 4 kuntum cengkih, 5 biji buah pelaga)
    • 1 batang serai
    • 1 liter air rebusan daging
    • 1 sup bunjut
    • akar ketumbar
    • batang sup
    • 1 kiub pati lembu
    • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
    • sudu kecil serbuk jintan putih
    • sudu kecil serbuk jintan manis
    • 2-3 sudu besar sos ikan
    • 600g daging rebus
    • sedikit gula atau nisan
    • garam secukup rasa
    • sudu kecil serbuk lada putih
    • 1-2 sudu besar kicap manis
    • 1-2 sudu besar minyak bawang putih
    • taburan daun ketumbar
  • Bahan-bahan untuk minyak bawang putih rangup:
    • 20-25 biji bawang putih
    • – 1 cawan minyak masak
  • Bahan-bahan untuk sambal lada:
    • 4 biji cili merah
    • 4-6 biji cili padi merah
    • cawan cuka
    • 1 sudu besar gula
    • sedikit garam
  • Bahan-bahan untuk hidangan:
    • mee/kueyteow/maggi/bihun
    • kangkung
    • taugeh
    • daun ketumbar
    • daun sup
    • lobak masin
    • bawang goreng
    • serbuk kacang tanah
    • serbuk cili
    • serbuk lada putih
    • limau nipis
    • ikan bilis goreng (tak ada dalam video)
    • cili jeruk (tak ada dalam video)

 



Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk sup:
    1. Tumbuk kasar bawang merah kecil, halia dan bawang putih.
    2. Rebus daging bersama bawang putih dan bawang merah kecil sehingga daging lembut.
    3. Panaskan minyak dan tumis rempah empat sekawan, bahan tumbuk, minyak bawang putih dan serai sehingga naik bau.
    4. Masukkan air rebusan daging, sup bunjut, akar ketumbar, batang sup, dan pati lembu.
    5. Tambah air secukupnya.
    6. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan serbuk jintan manis lalu tambah sos ikan Thai.
    7. Reneh sup dalam anggaran masa selama 15-30 minit.
    8. Semasa mereneh sup, masukkan daging rebus, sedikit gula, garam secukup rasa, serbuk lada putih, kicap manis dan minyak bawang putih.
    9. Sambung reneh sampai sup masak.
  2. Cara-cara untuk minyak bawang putih:
    1. Cincang kasar bawang putih.
    2. Panaskan minyak dan goreng bawang putih cincang sehingga menjadi sedikit perang.
    3. Kemudian, angkat dan tapis bawang putih.
    4. Sesudah keduanya sejuk, campurkan bersama.
  3. Cara-cara untuk sambal lada:
    1. Kisar halus cili merah, cili padi merah, gula, cuka dan sedikit garam.
  4. Cara-cara untuk hidangan:
    1. Celur mee kuning yang telah dibilas, kedalam sup bersama taugeh, kangkung sehingga agak layu.
    2. Hidangkan bersama hirisan daging, sup, daun ketumbar, daun sup, serbuk cili, serbuk kacang, lobak masin, bawang goreng, sambal lada, minyak bawang putih rangup dan hirisan limau nipis.
    3. Tambah taburan gula.
    4. Kemudian, mee celop siap untuk dihidang dan dijamu selera.

 

Tip:

 

  • Guna api sederhana dan pastikan kerap menggaul bawang putih yang digoreng bagi mengelakkan hangus.
  • Jika menggunakan stok rebusan tulang, tidak perlu lagi tambah kiub pati lembu kedalamnya.
  • Jika mahu menggantikan rempah serbuk, boleh digantikan dengan rempah sup.
  • Condiment yang boleh ditambah kedalam mee celop untuk menjadi lebih sedap ialah ikan bilis goreng dan cili jeruk.

Sup Ayam Simple, Tapi Cukup Sedap



Mee Celop Kelantan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button