Sukar pujuk ibu nak ceburi bidang fesyen – Raih 8A dalam SPM
Bijak curi peluang di TikTok
Sukar pujuk ibu nak ceburi bidang fesyen – Raih 8A dalam SPM
“Saya sebenarnya hanyalah pelajar fesyen berusia 18 tahun yang mula minat dengan bidang itu dan banyak belajar sendiri sejak usia 14 tahun. Saya mula buat kajian dan carian sendiri sejak beberapa tahun lalu.“Sebelum ini saya banyak masuk komuniti fesyen dalam talian, sekarang saya dah bergelar pelajar fesyen. Harapnya suatu hari nanti saya dapat buat jenama fesyen sendiri,” ujarnya kepada mStar.
Senang disapa Asha, anak jati Kuala Lumpur itu berkata dia memilih TikTok sebagai platform perkongsian kerana sifatnya yang lebih terbuka dan mudah diakses semua orang pada hari ini.
Malah, Asha ada misi tersendiri untuk meyakinkan orang di luar sana bahawa bidang fesyen juga menjanjikan masa depan yang baik, sama seperti bidang-bidang akademik yang lain.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- DAP Perak tambat hati pengundi Melayu Parit
- “Dedahkan 19 perkara penting” – Ahmad Maslan
- Apa Alasan Jabatan Peguam Negara Syorkan Lapuran Tommy Thomas Tidak Di Dedahkan
“Sekarang saya belajar bidang pemasaran fesyen. Sebab itu dalam video-video di TikTok, saya banyak bercakap dari sudut bisnes dalam dunia fesyen. Dan sebab itu jugalah saya mulakan TIkTok.
“Ada orang fikir fesyen tiada masa depan. Orang tak yakin untuk ceburi bidang ini. Saya guna TikTok untuk sebarkan pengetahuan bahawa banyak peluang kerja dalam bidang fesyen.
“Dan Saya sendiri pun kena yakinkan ibu untuk masuk bidang ini. Saya baru sahaja menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan 8A. Ibu kalau boleh nak saya masuk bidang perniagaan atau komunikasi.
“Kalau saya boleh buat, orang lain pun boleh. Pada masa sama, saya buat video TikTok untuk kongsi mengenai ramai orang Malaysia yang berjaya dalam bidang ini,” ujarnya lagi.
Penangan viral di TikTok, nama Asha semakin dikenali, malah dia turut menjadi rujukan segelintir individu yang masih tercari-cari identiti fesyen mereka.
Asha juga teruja apabila populariti yang diraih secara dalam talian membolehkan dia dijemput menghadiri acara fesyen, sekali gus membuka ruang untuk dia pergi lebih jauh dalam bidang itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Debaran Ismail Sabri Sekembalinya Beliau Dari UNGA
- ‘Api dalam sekam’, akhirnya Muhyiddin tunjuk belang
- PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.
“Saya bermula dengan video penjenamaan semula Bonia di TikTok. Selepas itu, saya teruskan dengan pelbagai video lain seperti tip fesyen dan sebagainya. Saya rasa gembira, sebelum ni rasa macam tiada siapa nak dengar saya bercakap.
“Tapi di TikTok, ada video saya yang mencecah 500,000 tontonan. Ada yang komen, mereka kata mula suka fesyen selepas menonton video saya. Saya rasa gembira dapat buat mereka jatuh cinta dengan fesyen.
“Saya buat carian dan kajian sendiri… baca artikel dan video, kemudian buat rumusan dan hasilkan dalam satu video untuk mudahkan penonton faham. Saya juga cuba guna bahasa yang mudah,” ujar Asha yang turut dijemput ke Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) baru-baru ini.
Dalam pada itu, Asha turut memberi tip mudah kepada mereka yang masih takut dan tercari-cari identiti mereka dalam berfesyen.
“Saya rasa kita kena berfikiran terbuka dalam bab fesyen. Paling penting kena ada keyakinan diri. Kena cari keyakinan diri dulu baru boleh cari gaya fesyen anda.
“Selain itu, jangan risau akan pandangan orang. Selagi pakaian anda tak menyentuh sensitiviti budaya atau agama, pada saya itu okay. Tak perlu hirau pendapat orang lain,” ujar Asha yang popular dengan tagline your local fashion girl, girl meets couture di TikTok.
Sukar pujuk ibu nak ceburi bidang fesyen – Raih 8A dalam SPM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semua berkenaan kes Najib di londehkan , kenapa siasatan terhadap Tommy Thomas tidak boleh didedahkan?
- Serangan Terbuka Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Memberikan Isyarat Parlimen Akan Segera Di Bubarkan
- Memang Benar Anwar Tidur Atas Simen, Dia Tidak Menipu Cuma Tidak Berkata Benar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :