Kapal berlanggar sudah bergerak ke pelabuhan

Kapal berlanggar sudah bergerak ke pelabuhan

Kapal yang berlanggar dekat Batu Pahat semalam sudah bergerak ke destinasi masing-masing. – Gambar MARITIM MALAYSIABATU PAHAT: Dua kapal yang berlanggar dekat Tanjung Laboh, Batu Pahat, pagi semalam sudah bergerak ke pelabuhan.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus, berkata MV Gsl Grania yang berdaftar di Liberia bergerak ke Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor, manakala MV Zephyr I yang berdaftar di Panama ke Tanjung Bruas, Melaka.

Beliau berkata, syarikat perkapalan berkenaan akan mengambil tindakan seterusnya dan tiada siasatan lanjut oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.



Semalam, kapal MV GSL Grania berlanggar dengan kapal MT Zephyr I yang hilang kawalan, mengakibatkan kerosakan pada bahagian sisi kanan kapal MV GSL Grania.

Tiada kemalangan jiwa atau tumpahan minyak.

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?



Kapal berlanggar sudah bergerak ke pelabuhan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?




 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button