Cadangan pindah Kedutaan Britain dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis, ditentang
Cadangan pindah Kedutaan Britain dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis, ditentang
LONDON: Sekumpulan diplomat Arab di London menggesa Perdana Menteri, Liz Truss supaya membatalkan rancangan memindahkan Kedutaan Britain di Isreal dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis.
Malah, beberapa diplomat Arab menegaskan langkah itu mampu menjejaskan rundingan perjanjian perdagangan bebas antara United Kingdom (UK) dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang bakal dimuktamadkan pada akhir tahun ini.
Lapor The Guardian, surat mengenai implikasi rancangan itu, dihantar kepada Truss sebelum lawatannya ke Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.
Surat dihantar oleh para diplomat itu mendapat pengesahan semua negara Arab termasuk yang menyokong Perjanjian Abraham yang ditandatangani pada September 2020.
Bekas pentadbiran Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memulakan Perjanjian Abraham 2020 yang menyaksikan beberapa negara termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain menormalkan hubungan dengan Israel.
Dilaporkan, beberapa negara Arab yang menyokong Perjanjian Abraham paling terganggu dengan langkah itu kerana bimbang perjanjian itu akan menjejaskan tuntutan yang membuka jalan kepada negara berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kejatuhan Ringgit Hari Ini Adalah Naratif Kesan Berpanjangan Kegagalan Mahathir & PH Sejak 2018
- Perang Rusia Ukraine Semakin Parah, Malaysia Tidak Boleh Di Tadbir Oleh Pemimpin Lemah
- Mahathir Akui Ada Campurtangan Ahli Politik Dalam Badan Kehakiman
Sekutu Kesatuan Eropah (EU) menyifatkan langkah UK memindahkan Kedutaan Britain di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis, adalah satu langkah yang kurang bijak.
Malah, negara itu mendakwa Truss mengambil pendekatan tersebut bukan hanya disebabkan hubungan rapat dengan Israel tetapi kerana keinginannya untuk dilihat sebagai kuasa besar.
Negara-negara pro-Palestin di London dijangka akan membantah rancangan Truss.
Sementara itu, Truss dalam satu surat kepada Conservative Friends of Israel memaklumkan pihaknya akan menyemak semula lokasi kedutaan UK berkenaan.
Minggu lalu, Truss dalam satu pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Israel, Yair Lapid di New York memaklumkan pihaknya sudah memulakan semakan itu.
Beliau bagaimanapun tidak memperincikan butiran lanjut mengenai semakan tersebut.
Cadangan pindah Kedutaan Britain dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis, ditentang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Komen jejaskan parti, tindakan akan diambil” – Zahidi
- “Six Million Dollar Man” digantung keahlian 6 tahun
- MKT UMNO Masih Terpedaya Dengan Alasan Ismail Sabri?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :