‘Ditipu hidup-hidup’ dengan pengasas produk
Rugi besar! Ejen dakwa terpaksa buang stok tak laku dalam tong sampah
SIAPA yang tidak sakit hati mengenangkan nasib ditipu oleh pengasas produk.
Lebih malang apabila merekai terpaksa menanggung kerugian gara-gara barangan jualan tidak laku.
Kerugian bukan ratusan ringgit, tetapi mencecah ribuan selepas mengambil stok produk untuk dijual.
Turut ditimpa nasib malang itu adalah seorang pemuda yang menggelarkan dirinya Fareed, mengalami kerugian besar yang dakwanya disebabkan oleh pengasss produk.
Tanpa mendedahkan produk dan pengasas berkenaan, Fareed menerusi perkongsian video di laman TikTok mendakwa dirinya ditipu hidup-hidup angkara sikap pengasas yang tidak bertanggungjawab.
“Ditipu hidup-hidup dengan founder sampah!
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan rasmi Majlis Tertinggi Umno
- Mesyuarat MKT UMNO: Zahrin Di Pecat, PRU15 Tahun Ini
- Antara Keikhlasan Rakyat Dan Keangkuhan Mahathir
Menerusi video tersebut, kelihatan dua lelaki mengusung satu kotak besar mengandungi stok yang tidak laku dipercayai produk kecantikan sebelum dicampakkan ke dalam tong sampah.
Menurut Fareed, pengeluaran produk itu juga dihentikan oleh pengasas itu sendiri, namun tidak diperjelaskan sebab dia berbuat demikian.
Dalam pada itu, jejaka ini turut menyatakan jika pihak atasan menjaga bahagian pemasaran dengan baik, pastinya ejen-ejen boleh meneruskan perniagaan itu.
Dipercayai, pengasas tersebut tidak telus dalam operasi yang didakwa melibatkan pihak ketiga iaitu pemborong sehingga menjejaskan jualan ejen.
“Sebabkan dia sendiri yang tolak pemborong sampai team kami tak boleh cari makan.
“Terlalu kecewa tolonglah berlaku jujur jangan aniaya kami,” katanya.
Menerusi ruangan komen, Fareed turut menyatakan kuantiti kerugian dan perlu mengambil masa setahun untuk menghabiskan jualan sebanyak 10,000 kotak.
Bagaimanapun, masih berbaki 2,000 unit yang tidak sempat dijual kerana barangan tersebut semakin hampir tarikh luputnya.
Susulan perkongsian itu, warga maya turut meluahkan kemarahan dan kesedihan mereka terhadap video yang meraih lebih 1.4 juta tontonan di TikTok.
“Founder dah order Lamborghini dengan shopping beg mahal-mahal serta pergi bercuti luar negara. Ejen-ejen masih kena buat live nak jual barang.
“Dulu aku tengok orang berniaga seronok. Slow-slow aku cuba jadi dropship. Lepas tu jadi ejen. Bila jadi ejen baru aku faham, sebenarnya yang buat laku tu orang macam aku.
“Yang kaya founder. Katanya stok habis dijual. Dia jual dekat pemborong dan mereka gulung tikar.
“Founder kaya sebab ejen beli banyak. Lepas tu tak terjual. Bukan sebab ramai orang beli,” demikian antara komen netizen.
‘Ditipu hidup-hidup’ dengan pengasas produk
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Komen jejaskan parti, tindakan akan diambil” – Zahidi
- “Six Million Dollar Man” digantung keahlian 6 tahun
- MKT UMNO Masih Terpedaya Dengan Alasan Ismail Sabri?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :