Labur sedikit, dipaksa tukar pakej mahal

ada yang sampai tangguh kahwin! Ramai miskin selepas ‘bantu’ scammer jadi kaya

Labur sedikit, dipaksa tukar pakej mahal

Labur sedikit, dipaksa tukar pakej mahal
Seorang wanita berkongsi pengalamannya menjadi mangsa penipuan pelaburan. -gambar hiasan

MASIH ramai yang tidak takut dengan laporan dan perkongsian mengenai kes penipuan pelaburan yang berleluasa hari ini.

Dek kerana skim itu yang menjanjikan pulangan lumayan, maka ramai begitu mudah terpedaya.

Terbaharu dan kini tular di media sosial adalah skim pelaburan yang mengikut ‘pakej’ tertentu berdasarkan nilai modal.



Selepas memindahkan sejumlah bayaran modal kepada ejen, pelabur kemudian diminta supaya menukarkan pakej pelaburan dengan nilai modal lebih tinggi.

Labur sedikit, dipaksa tukar pakej mahal
Skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan membuatkan ramai mudah terpedaya.

Seorang wanita berkongsi berkongsi tangkap layar perbualannya bersama ejen tersebut, di grup Facebook.

“Pakej dah penuh, puan mesti upgrade pakej,” kata ejen yang memintanya supaya membuat bayaran tambahan RM1,500.

Wanita itu bagaimanapun menjelaskan bahawa dia tidak dapat berbuat demikian kerana tiada wang yang mencukupi.



DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Saya nak upgrade tak ada duit dah. Itu yang saya join pakej RM500,” katanya.

“Mesti top up RM1,500,” demikian tegas ejen berkenaan.

 

Labur sedikit, dipaksa tukar pakej mahal
Tangkap layar perbualan seorang wanita bersama ejen pelaburannya.

Menurut wanita itu, dia terpaksa meminta ejen tersebut memulangkan semula wangnya kerana tidak memiliki jumlah wang yang diminta.



“Kalau macam tu tuan pulangkan baliklah duit sebab saya nak upgrade memang tak ada duit,” katanya.

Apa yang mengejutkan, menurut ejen, wang pelaburan itu tidak boleh dikembalikan.

“Tak boleh puan. Sila cuba cari (modal) hingga petang,” ujar ejen itu lagi.

 



Labur sedikit, dipaksa tukar pakej mahal
Luahan seorang pelabur.

Susulan tangkap layar itu, wanita tersebut mahu mendapatkan kepastian sma ada dia merupakan mangsa penipuan pelaburan atau tidak.

“Salam semua saya nak tanya, pagi ni saya ada join satu pelaburan. Tapi apabila dah transfer (wang), dia kata macam ni pula dekat saya.

Itulah nak kaya cepat punya nak duduk relaks kat rumah. Itu padahnya.

NETIZEN

“Suruh saya tambah pakej lain pula. Ni scammer ke apa? Siapa pernah kena macam ni? Tolong saya. Apalah dugaan saya pagi ni,” tulisnya.

Rata-rata netizen di ruangan komen mengesyaki wanita berkenaan merupakan mangsa penipuan pelaburan berikutan terdapat elemen paksaan.



 

Labur sedikit, dipaksa tukar pakej mahal
Antara komen netizen.

Malah, antara mereka turut berkongsi pengalaman turut ditipu.

Confirm kena scam ni.

Scammer la. Saya pernah kena, dah transfer untuk pakej RM350. Dia kata pakej tu dah penuh, suruh masuk pakej RM500. Saya tak mahu dan minta refund. Haram, hilang terus nombor telefon dia.



“Saya pernah kena RM2,000 melayang. Macam ni la ayat dia sebiji (serupa). Pengajaran, lepas ni jangan mudah terpedaya. Pergi report, memang polis senyum je la, memang scam.

“Saya lesap RM11,000. Nak kahwin tahun ni kena tangguh. Itulah nak kaya cepat punya nak duduk relaks kat rumah. Itu padahnya,” demikian antara luahan netizen.

Kronologi karier politik Tajuddin Rahman

Labur sedikit, dipaksa tukar pakej mahal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kronologi karier politik Tajuddin Rahman

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button