3 beranak maut, motosikal rempuh lori ketika lampu isyarat merah

3 beranak maut, motosikal rempuh lori ketika lampu isyarat merah

3 beranak maut, motosikal rempuh lori ketika lampu isyarat merah
Anggota bomba menganggkat mangsa kemalangan maut motosikal di Jalan Persiaran Tanjung Tampoi, petang tadi. – Foto NSTP/Ihsan Bomba

JOHOR BAHRU: Nahas maut membabitkan tiga beranak di Jalan Persiaran Tanjung di sini, petang semalam dipercayai berlaku selepas motosikal ditunggang mangsa merempuh belakang sebuah lori ketika berhenti di lampu isyarat merah.

Pemangku Ketua Polis daerah Johor Bahru Utara, Superitenden Fariz Ammar Abdullah, berkata kejadian kira-kira 4.40 petang itu menyebabkan tiga beranak iaitu suami isteri dan anak mereka, maut di lokasi kejadian.

Katanya, motosikal ditunggang lelaki berusia 38 tahun itu dalam perjalanan menuju ke Jalan Tampoi, melanggar bahagian belakang lori.



“Ketika kejadian, lori berhenti di lorong tengah ketika lampu isyarat merah.

“Akibatnya, isteri berumur 41 tahun dan seorang anak lelaki berumur 10 tahun meninggal di lokasi kejadian kerana parah.

“Pemandu lori pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Jelas Fariz Ammar, mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk tindakan lanjut.



“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes supaya menghubungi dan menyalurkan maklumat ke IPD JBU di talian 07-5563122.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sebelum ini, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Suhaimi Abdul Jamal, berkata mangsa yang maut ialah Mohammad Shahril Abdullah, 38; Habsah Jailani, 41 dan Muhammad Dany Lukman Naim Abdullah, 10.

Akibat langgar lampu isyarat, penunggang maut



3 beranak maut, motosikal rempuh lori ketika lampu isyarat merah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“Saya kena tipu dah” seloroh Agong gamit keceriaan rakyat

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button