Lelaki maut selepas ikut arahan GPS
Kereta terjunam dalam air
Lelaki maut selepas ikut arahan GPS
Phil Paxson, 47, sedang memandu pulang dari sambutan ulang tahun kesembilan anak perempuannya dalam kejadian pada 30 September lalu, ibu mertuanya menulis dalam catatan Facebook.
Ketika kejadian, hujan turun dengan lebat dan GPS Paxson mengarahkannya ke jambatan yang sudah tidak wujud.
Ketika itulah Jeep yang dipandunya terjunam ke dalam air.
Jeep Gladiator 2020 ditemui terbalik dan sebahagiannya tenggelam sekitar jam 10 pagi Sabtu, 1 Oktober, menurut siaran berita daripada Peronda Lebuhraya Negeri Carolina Utara.
Pihak berkuasa percaya nahas berlaku sekitar jam 11 malam.
Jambatan itu, yang terletak di 24th Street Place NE di Hickory, dihanyutkan pada Julai 2013 akibat banjir, lapor Hickory Daily Record.
Lazimnya, penghadang dipasang untuk menghalang pemandu daripada menyeberangi jambatan, namun ia dialihkan selepas dirosakkan dan hilang pada masa Paxson kemalangan. – Tribune News Service
GPS kenal pasti calon, bakal umum tidak lama lagi – Abang Jo
Lelaki maut selepas ikut arahan GPS
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jaga Jaga Jenab, PH Dah Mula Nak Kencing Lagi
- Mendakwa pemimpin PH antara kandungan manifesto PRU15 BN?
- Jangan Adakan Kerjasama UMNO Dan PAS Sebelum PRU 15
- Beberapa Ahli Parlimen Utus Surat Kepada Agong Menyatakan Menarik Sokongan Dari Ismail Sabri?
- KJ Kecewa Sekiranya Parlimen Di Bubarkan Terlalu Awal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :