Ternak 58 buaya tepi rumah

Ternak 58 buaya tepi rumah

Ternak 58 buaya tepi rumah
SATU foto menunjukkan buaya itu diternak di kurungan yang diperbuat daripada batu yang disimen serta kayu di tepi rumah penduduk. FOTO Agensi

Jakarta: Penduduk di Kampung Terusan Laut, Daerah Sirah Pulau Padang, Ogan Komering Ilir (OKI), Sumatera Selatan, menarik nafas lega apabila tempat penternakan buaya secara haram di kampung mereka, akhirnya diserbu polis.

Portal detik,com melaporkan, dalam serbuan itu, 58 buaya muara atau buaya katak, ditemukan di tiga tempat.

Satu foto menunjukkan buaya itu diternak di kurungan yang diperbuat daripada batu yang disimen serta kayu. Lokasinya berhampiran tingkap yang dipercayai di tepi rumah penduduk.



Tiga suspek disyaki pemilik turut ditahan dalam serbuan itu yang dilaksanakan polis selepas mendapat aduan penduduk.

Jurucakap Polis Daerah Sumatera Selatan Putu Yudha Prawira berkata, penduduk melaporkan lokasi penternakan buaya secara haram itu kerana khuatir ia terlepas dan boleh membahayakan manusia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebocoran maklumat IPIC, Najib akan terus di’zalimi’?




“Dari tiga lokasi ini, kami menemukan 58 buaya muara. Buaya itu kami serahkan kepada BKSDA Sumatera Selatan,” kata Putu pada Khamis.

Selain itu katanya, polis turut menahan tiga penduduk tempatan dikenal pasti Amrun, 73, Sukarni, 48, dan Supratman, 43.

Mengulas lanjut, katanya, siasatan awal mendapati setiap daripada suspek itu memelihara buaya dalam kuantiti yang berbeza.

“Amrun memelihara 13 buaya, Sukarni (memelihara) 11 buaya, dan yang paling banyak membela buaya ditemukan itu ialah Supratman iaitu 34 buaya,” katanya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Genap setahun Najib di Kajang, adakah akan terus dianiaya?

Sementara itu, seorang daripada suspek, Sukarni mendakwa buaya muara yang mereka pelihara adalah amanah seseorang bernama Budiman atau mereka biasanya memanggil lelaki itu sebagai ‘Bos’.

Sukarni mendakwa bahawa Budiman pada mulanya mengamanahkan 50 reptilia itu untuk dipelihara.



“Kemudian pada 2015, Budiman mengambil 39 buaya dan selepas itu mengambil 11 buaya lagi, pada masa berbeza. Tetapi tidak lama kemudian, Budiman meninggal dunia,” katanya.

Namun selepas kematian Budiman, Sukarni berkata, ketiga-tiga orang yang diamanahkan Budiman termasuk dirinya tetap terus menjaga buaya berkenaan sehingga ia membesar dan membiak.

“Untuk makanan buaya ini, saya berikan hasil menjala ikan di sungai,” kata Sukarni.

Polis masih menyiasat sama ada buaya itu diternak untuk dijual.



Namun, ketika ini, buaya muara itu dipercayai bernilai 5,000 rupiah (kira-kira RM1.50 sen) untuk setiap sentimeter panjang badannya.

Ternak 58 buaya tepi rumah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Azmin Mula Menyerang Muhyiddin, Adakah PAS Di Belakangnya?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button