Resepi Mee Kari Special

Resepi Mee Kari Special
Resepi Mee Kari Special

Resepi Mee Kari Special yang menggabungkan rasa dari ayam dan seafood. Che Nom gunakan air rebusan udang untuk menyedapkan lagi rasa mee kari ni. Satu lagi rahsia kesedapan mee kari ni ialah kita bancuh rempah kari bersama sedikit serbuk cili supaya dapat memberikan rasa pedas dan tidak muak kepada kuah, dan juga ia memberikan warna kuah yang merah dan menarik.

Untuk seafood, boleh gantikan dengan seafood kegemaran anda seperti ketam.Menu ini sangat sesuai jika dihidangkan untuk hari raya atau juga sebarang majlis keramaian.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 4 biji bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 2 inci lengkuas
    • 1 batang serai, hiris nipis
    • 2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut
  • Bahan-bahan untuk bancuhan pes rempah:
    • 4 sudu besar serbuk kari daging
    • 2 sudu besar serbuk cili
    • sedikit air
  • Bahan-bahan untuk rempah tumis:
    • 1 batang kayu manis
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 3 kuntum cengkih
    • 5 biji buah pelaga
    • 2 tangkai daun kari
  • Bahan-bahan untuk kuah :
    • potongan isi ayam
    • 1 biji kentang, potong dadu
    • kerang rebus
    • udang
    • air rebusan kulit udang
    • santan cair
    • fishball
    • tauhu puff, potong 2
    • kiub ayam
    • santan pekat
  • Bahan-bahan untuk hiasan:
    • 1 bungkus mee kuning
    • telur rebus
    • sawi
    • taugeh
    • bawang goreng
    • cili merah dan hijau
    • limau kasturi
    • telur rebus

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk kuah mee kari:
    1. Kisar halus bahan-bahan untuk kisar dan ketepikan.
    2. Bancuh bahan-bahan untuk pes rempah kari. Ketepikan.
    3. Tumis bahan-bahan rempah tumis sehingga naik bau. Masukkan bancuhan pes rempah dan bahan kisar halus.
    4. Masak sehingga rempah bertukar warna sedikit gelap dan pecah minyak. Tambah sedikit air beberapa kali dan ulang sehingga rempah pecah minyak supaya untuk pastikan bancuhan rempah kita betul-betul masak.
    5. Masukkan isi ayam, kentang yang didadu, air rebusan kulit udang, santan cair, kiub pati ayam, asam gelugur, fishball, isi kerang rebus, air rebusan kerang, udang, tauhu puff dan santan pekat.
    6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  2. Cara-cara untuk bahan-bahan hiasan:
    1. Celur sawi dalam air panas. Angkat dan terus masukkan ke dalm air sejuk supaya warna daun kekal hijau segar.
    2. Celur pula taugeh
    3. Sediakan bawang goreng, telur rebus,, hirisan cili merah.
    4. Potong limau kasturi.
    5. Celur mee kuning dan bilas dengan air. Gaulkan dengan sedikit minyak zaitun supaya mee tak melekat bila kita nak hidangkan nanti.

Tip:

  • Boleh juga masukkan fish cake jika anda suka.
  • Pes bancuhan rempah haruslah dimasak dengan sempurna supaya kuah kita tahan lama dan sedap rasanya.
  • Kalau anda gunakan santan kotak, gunakan dalam anggran 2 kotak 250ml santan.

 

Resepi Kue Teow Goreng Basah Seafood



Resepi Mee Kari Special


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Musuh UMNO Sibuk bual isu rasuah tapi senyap bab rasuah Zeti.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button