Mesin deposit tunai bantu kesan sindiket wang palsu

Mesin deposit tunai bantu kesan sindiket wang palsu

Mesin deposit tunai bantu kesan sindiket wang palsu
MESIN deposit tunai membantu polis Indonesia mengesan sindiket wang palsu.-GAMBAR HIASAN

LAMPUNG: Sensor mengesan ketulenan wang pada mesin deposit tunai membantu membuka jalan kepada polis Indonesia membongkar sindiket pengedaran wang palsu bernilai lebih 1.3 bilion rupiah (RM394,693) di negara ini.

Menurut portal berita CNN Indonesia, pembongkaran itu bermula selepas seorang penduduk berurus niaga dan menerima wang tunai berjumlah 5 juta rupiah (RM1,518).

Mangsa kemudian cuba memasukkan wang tunai berkenaan ke dalam akaun menggunakan mesin pendeposit wang di Simpang Pematang namun gagal menyebabkan mangsa terus membuat laporan polis.



“Ketika wang dimasukkan ke dalam mesin ternyata 26 keping wang kertas bernilai 100,000 ribu rupiah tidak boleh dibaca oleh mesin berkenaan. Mangsa yang curiga melaporkan hal itu ke Balai Polis Mesuji,” kata Ketua Polis Mesuji, AKBP Yuli Haryudo.

Selepas siasatan ke atas pemberi wang tersebut, beberapa tangkapan dibuat di beberapa wilayah bagi memberi petunjuk sebelum kes tersebut akhirnya terbongkar.

DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

Polis kemudian berjaya menyerbu premis yang mengeluarkan wang palsu itu di Lampung Timur dan menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan setiap kepingan wang yang diterima.



“Polis menemukan peralatan untuk mencetak wang palsu termasuk alat sensor, komputer, mesin pencetak, satu unit mesin pemotong kertas, mesin mengira wang, 15 keping acuan cetakan wang, 12 botol pewarna dan satu gulung kertas kosong.

” Polis menahan lapan lelaki di empat wilayah di Lampung, Banten, Jawa Barat dan Jawa Tengah dan kesemua mereka telah didakwa atas kesalah mengedar wang palsu,” kata Yuli.

Kena Kritik Lantik Individu Kalah & Hilang Deposit



Mesin deposit tunai bantu kesan sindiket wang palsu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kehadiran Anwar Ibrahim Di Tambun Tidak Di Senangi Penduduk Tempatan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button