Gadis meraung mak ayah hantar balik kolej
Tak tahan hidup dengan rakan toksik - “Mereka kata saya gila populariti”
RAKAMAN audioseorang pelajar yang meraung meluahkan masalah kepada ibu bapanya meraih perhatian warga maya.
Menurut gadis berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Atul, dia pada ketika itu menangis seperti hilang arah sambil menceritakan masalah dirinya yang berdepan rakan-rakan dan beberapa pensyarah kolej yang disifatkan sebagai ‘toksik’.
Ketika dihubugi mStar, gadis berusia 20 tahun ini berkongsi semula kisah di sebalik rakaman tular yang dimuat naik di TikTok.
“Semasa kejadian, saya hanya rakam untuk simpanan sendiri. Saya upload video tu pula sekadar nak simpan kenangan nasihat walid (bapa).
“Saya mula buat luahan perasaan sebab rasa dah tiba masanya untuk mereka tahu dan bagi mereka nampak kondisi sebenar saya dekat kolej. Sebelum ini saya tak pernah luahkan perasaan saya, jadi bila berdepan dengan mereka sukar untuk saya kawal emosi.
“Saya bimbang juga kalau emosi saya semakin teruk, keadaan jadi makin rumit. Jadi saya ambil keputusan luahkan saja masalah yang terpendam supaya mereka tahu,” kata Atul.
Menurut gadis yang berasal dari Johor ini, sejak kecil lagi dia sememangnya sukar untuk berkongsi masalah dengan kedua-dua orang tuanya dan lebih memilih untuk memendam rasa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wan Rosdy zahir kekecewaan terhadap PAS
- At Takiri dedah PAS mungkir janji
- Konflik PPBM, Rafiq tanding Masjid Tanah?
Tambahnya, keadaan dirinya semakin parah apabila dia menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi yang enggan dinyatakan nama dan lokasinya.
“Saya malas nak bercerita sangat masalah dekat ibu dan walid sebab tak nak mereka susah hati ketika kami berjauhan. Saya dah pendam masalah ni sejak mula masuk belajar sampailah tamat semester lima.
“Tapi semasa cuti pertengahan semester tamat, sebelum mereka hantar saya balik ke asrama… saya mula rasa berat hati nak balik. Tiba-tiba air mata saya jatuh sendiri depan mereka. Masa tu saya rasa nak luahkan semuanya sebab itu adalah pilihan terakhir, dah tak tahan lagi nak pendam.
“Saya menangis sambil cakap apa saja yang terbuku di hati. Tak sangka sangat ibu dan walid boleh beri semangat dan dorongan serta mahu dengar luahan hati saya,” katanya.
Luah Atul, masalah dihadapi sejak semester pertama sehingga lima ini berpunca daripada persekitaran rakan dan pensyarah yang dilabel sebagai golongan toksik.
Imbas anak kedua daripada empat adik beradik ini, pelbagai cara dilakukan oleh golongan ini terhadap dirinya, didakwa bertujuan untuk menjatuhkannya di kolej.
Dia juga dituduh ‘gilakan populariti’ apabila memegang jawatan dalam setiap kelab dan persatuan disertainya.
Saya pernah juga dimalukan depan students lain seperti direndahkan sebab saya mengalas jawatan di tempat belajar.
ATUL
“Ada kawan yang tikam belakang belakang. Depan saya mereka berlakon nak ambil tahu tapi mula menjaja cerita buruk dekat pesyarah dan kawan-kawan lain. Lebih malang lagi apabila pensyarah pun percaya cakap mereka ni bulat-bulat.
“Saya pernah juga dimalukan dan direndahkan depan pelajar lain gara-gara jawatan yang saya pegang. Mereka kata saya tak layak pegang jawatan tersebut. Tak cukup dengan itu, mereka perli saya di status WhatsApp dan media sosial.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PKR bergelora, konflik pemilihan calon
- Zuraida tidak dapat bertanding di Ampang
- ICERD Dan Statut Rom Akan Di Raktifikasikan Sekiranya PH 2.0 Berjaya Ke Putrajaya
“Orang kata saya gila populariti dan jawatan sedangkan saya hanya ingin aktif dan buat apa yang saya suka sahaja,” ujarnya.
Menurut Atul, dia berasa beruntung kerana walaupun masalah ini dianggap cukup besar tetapi ibu bapanya sangat memahami dan sanggup mendengar keluhannya.
Malah, kata-kata nasihat dan semangat dititipkan oleh mereka membuatkan Atul berasa lega dan lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam pengajiannya.
Bercerita mengenai video dimuat naik, dia tidak menyangka bahawa rakaman tersebut meraih perhatian netizen di TikTok.
“Cara ibu bapa saya menasihati tu buatkan hati saya tersentuh. Mula-mula tu ibu agak terkejut saya tiba-tiba datang dan peluk dia tapi selepas saya menangis dia pesan ‘Antara anak-anak kami… Atul yang paling kuat, jadi Atul kena kuat untuk ibu dan walid. Cuba cari kawan baru dan abaikan mulut orang, ibu percaya kamu boleh buat. Lagi sedikit saja dah nak habis belajar. Masih ada lagi kawan-kawan yang sayang Atul’. Macam tulah nasihat ibu pada saya.
“Lepas saya upload video tu, ramai yang komen dan berikan kata-kata semangat juga pada saya. Setelah baca komen, saya dapati ramai yang menghadapi masalah sama tetapi mereka saling memberi semangat dan nasihat serta berkongsi pengalaman masing-masing. Alhamdulillah dalam masyarakat kita pada hari ini masih ramai orang yang baik dan prihatin.
“Saya berharap tiada pihak yang salah anggap dengan perkongsian video tu. Saya tak berniat nak menjatuhkan sesiapa tetapi hanya berkongsi luahan hati supaya mereka yang menjadi ‘mangsa’ macam saya tidak rasa keseorangan,” katanya lagi.
Bekas pelajar UiTM kongsi tip mudah dapat kolej kediaman tanpa perlu maki universiti
Gadis meraung mak ayah hantar balik kolej
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir Antara Nama Besar Yang Di Jangka Akan Tumbang Dalam PRU 15
- Rakyat Mesti Ambil Iktibar Dari Nasib Yang Menimpa Tommy Thomas
- Lim Guan Eng: PH Akan Hapuskan Tol Kalau Menang PRU 15
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :