Kumpulan bersenjata tembak mati lima penunjuk perasaan di Iran



Kumpulan bersenjata tembak mati lima penunjuk perasaan di Iran

Kumpulan bersenjata tembak mati lima penunjuk perasaan di Iran

TEHERAN: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 10 cedera apabila kumpulan bersenjata menembak penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan di wilayah Khuzestan, barat daya Iran, hari ini.

Agensi berita IRNA melaporkan, penyerang yang tiba dengan dua motosikal di pasar utama di bandar Izeh sambil memegang senjata dan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan di sana.

Timbalan Gabenor Khuzestan, Valiollah Hayati, berkata penyerang melakukan serangan pada jam 5.30 petang menggunakan senjata automatik.



Katanya, mangsa yang maut adalah tiga lelaki, seorang wanita dan gadis, manakala yang cedera berada dalam keadaan serius, antaranya pegawai polis.

“Keadaan kini tenang dan siasatan sedang dijalankan untuk mencari penyerang,” katanya sambil menambah tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.

Pada 26 Oktober lalu, sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam serangan bersenjata yang didakwa dilakukan oleh kumpulan Daesh di makam Shah Cheragh di Shiraz.

Keganasan jalanan merebak di seluruh Iran ketika protes yang dicetuskan oleh kematian Mahsa Amini pada 16 September semakin meningkat pada ulang tahun tindakan kejam yang membawa maut pada 2019.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Mahsa, wanita Iran berusia 22 tahun berasal dari Kurd, meninggal dunia dalam tahanan polis selepas ditahan atas dakwaan melanggar kod pakaian ketat Iran untuk wanita.

Sehingga kini, pasukan keselamatan didakwa membunuh sekurang-kurangnya 342 orang, termasuk 43 kanak-kanak dan 26 wanita, dalam tindakan keras sejak kematian Amini, menurut statistik terkini Hak Asasi Manusia Iran (IHR), semalam.

Kumpulan hak asasi manusia juga berkata sekurang-kurangnya 15,000 orang ditahan setakat ini. – AFP

Rakyat Bukan Melayu Mahu Pakatan Harapan Kurangkan Bercakap, Tumpu Usaha Selesaikan Masalah

Kumpulan bersenjata tembak mati lima penunjuk perasaan di Iran

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rakyat Bukan Melayu Mahu Pakatan Harapan Kurangkan Bercakap, Tumpu Usaha Selesaikan Masalah

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker