6 remaja bawah umur antara 9 lelaki direman berkait kes rogol

6 remaja bawah umur antara 9 lelaki direman berkait kes rogol

6 remaja bawah umur antara 9 lelaki direman berkait kes rogol
Sembilan lelaki direman bagi membantu siasatan kes rogol mangsa bawah umur. – NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

KOTA BHARU: Enam remaja bawah umur antara sembilan lelaki yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan di Jalan PCB, di sini minggu lalu.

Mereka berusia antara 13 hingga 21 tahun direman antara lima hingga tujuh hari atas perintah dikeluarkan Majistret Izdham Naim Che Ani untuk siasatan mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan.

Enam remaja berkenaan direman lima hari, manakala tiga lagi direman tujuh hari bermula hari ini sehingga Khamis depan.



Terdahulu, sembilan lelaki terbabit tiba di Mahkamah Kota Bharu pada jam 9.30 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata penahanan sembilan suspek itu selepas pihaknya menerima satu laporan polis berkait kes rogol membabitkan mangsa bawah umur.

Katanya, mangsa memaklumkan keluar rumah di Wakaf Bharu, Tumpat pada jam 9 malam, 25 Oktober lalu dan tinggal bersama teman lelakinya di Kampung Semut Api, Jalan PCB.

“Ketika tinggal bersama suspek, mangsa melakukan hubungan bersama suspek dan rakan-rakan lelakinya yang lain. Hasil siasatan polis, ibu mangsa membuat laporan polis berkait kehilangan anaknya pada 16 November lalu,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.



Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah dan tiada rekod lampau.

Populariti Kerajaan Keluarga Malaysia merudum teruk

 



6 remaja bawah umur antara 9 lelaki direman berkait kes rogol

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Waktu terbaik dakwa Zeti dan Nazlan.

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button