Dua maut, motosikal ditunggang bertembung

Dua maut, motosikal ditunggang bertembung

Dua maut, motosikal ditunggang bertembung
Dua penunggang motosikal maut selepas bertembung sesama sendiri di Jalan Rantau, di sini, pagi tadi. – Foto Ihsan Polis

SEREMBAN: Dua penunggang motosikal maut selepas bertembung sesama sendiri di Jalan Rantau, berdekatan simpang masuk Kampung Belangkan, di sini, pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata kemalangan dikatakan membabitkan dua motosikal.



“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditunggang seorang lelaki berumur 23 tahun sedang bergerak dari arah Kuala Sawah menuju ke arah Seremban seorang diri.

Pekerja pembersihan, remaja perempuan maut nahas di Jalan Solok Duku Tanjung Bidara dan Jalan Kuala Sungai Baru

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dikatakan hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditunggang seorang lelaki berusia 26 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, akibat pelanggaran itu kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).



“Kes disiasat mengikut Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Isteri maut, suami dan anak cedera

Dua maut, motosikal ditunggang bertembung

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Waktu terbaik dakwa Zeti dan Nazlan.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button