Bomba selamatkan kanak-kanak 3 tahun terperangkap dalam kereta

Bomba selamatkan kanak-kanak 3 tahun terperangkap dalam kereta

Bomba selamatkan kanak-kanak 3 tahun terperangkap dalam kereta

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap lebih 30 minit dalam sebuah kenderaan di Bercham Raya dekat sini hari ini.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tambun, pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada 8.10 pagi.



“Setibanya di lokasi, seorang kanak-kanak didapati terperangkap di dalam kenderaan Proton Exora yang terkunci ketika ibu mangsa keluar membeli barangan runcit.

“Pihak bomba bertindak membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudian diserahkan kepada ibu mangsa dan operasi tamat pada 8.20 pagi. – BERNAMA

Perlu tubuh RCI perbelanjaan RM600 bilion 



Bomba selamatkan kanak-kanak 3 tahun terperangkap dalam kereta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Perlu tubuh RCI perbelanjaan RM600 bilion 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button