Gaduh bersenjata depan kilang, 2 ditahan
Gaduh bersenjata depan kilang, 2 ditahan
KOTA KINABALU: Polis mengesahkan pergaduhan dua kumpulan di hadapan sebuah kilang makanan laut di Sepanggar, di sini, hingga tular di media sosial, sejak semalam tidak membabitkan unsur kongsi gelap.
Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata ia berpunca daripada rasa tidak puas hati bekas pekerja kepada majikan, rakan kongsi yang gagal menjelaskan baki gaji tertunggak.
Katanya, siasatan mendapati pergaduhan itu berlaku pada 1 Disember lalu yang mana empat lelaki menghalang laluan keluar masuk kilang dengan menggunakan sebuah kereta Perodua Bezza bertujuan hendak menemui pengusaha kilang berkenaan yang dikatakan gagal menjelaskan gaji sebanyak RM10,000 kepada seorang lelaki terbabit.
“Kumpulan lelaki itu kemudian bertindak balas dengan menyerang, menumbuk dan memukul pengusaha kilang dan rakannya termasuk menggunakan rantai besi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, seorang lelaki juga mengambil sebilah parang dan cuba menyerang pengusaha kilang dan rakannya namun diredakan oleh ketua kumpulan lelaki berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Konspirasi Menjatuhkan Kerajaan Perpaduan Terbongkar
- Waktu terbaik dakwa Zeti dan Nazlan.
- Zahid WAJIB Singkirkan Raja Broker UMNO Dengan Segera
“Akibat kejadian itu, pengusaha kilang cedera ringan di telinga kiri dan sakit di bahagian badan manakala rakannya luka di belakang kepala dan menerima lima jahitan di Pusat Kesihatan Manggatal.
“Pada 4 Disember lalu, ketua kumpulan lelaki berusia 47 dan seorang pekerjanya berusia 53 tahun ditahan manakala rantai besi dan kereta Perodua Bezza dirampas untuk siasatan lanjut.
“Polis juga sedang mengesan dua lagi lelaki yang terbabit dalam kes ini dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat atau mengenali mereka melalui video yang tular itu menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Vermal AL Subramaniam di talian 010-2314432.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera dengan senjata bahaya,” katanya.
Semalam, satu klip video kejadian pergaduhan dua kumpulan lelaki menggunakan rantai besi dan parang tular di media sosial.
Rakaman video berdurasi satu minit 30 saat itu memaparkan seorang lelaki menghayunkan rantai besi ke arah seorang lagi lelaki dan mengenai bahagian kepala dan berdarah.
Lelaki itu kemudian menuju ke keretanya dan mengeluarkan parang sebelum ditenangkan oleh lelaki lain yang turut berada di lokasi berkenaan.
Kumpulan bersenjata tembak mati lima penunjuk perasaan di Iran
Gaduh bersenjata depan kilang, 2 ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa hasil siasatan ‘Surat Karam’ Perak?
- Akhirnya Hadi Awang Dedahkan Siapa Raja Broker UMNO/BN
- Siapa MP Sabah Tandatangan SD Sokong PN Dan Mengapa?