EU setuju vaksin Omicron dijadikan suntikan pertama, bukan penggalak



EU setuju vaksin Omicron dijadikan suntikan pertama, bukan penggalak

EU setuju vaksin Omicron dijadikan suntikan pertama, bukan penggalak

THE HAGUE: Penyelia ubat-ubatan Kesatuan eropah (EU) menyatakan dua vaksin baharu Covid-19 menyasarkan varian Omicron kini boleh digunakan bagi suntikan pertama dan bukan hanya sebagai dos penggalak.

Agensi Ubat Eropah (EMA) meluluskan vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna itu pada September serta Oktober lalu, bagi menentang varian BA.4 dan BA.5, tetapi hanya bagi mereka yang sudah menerima suntikan pertama.

Penyelia berpangkalan di Amsterdam itu berkata satu pasukan bertindak kecemasan kini memutuskan dua vaksin itu, yang kini hanya dibenarkan sebagai suntikan dos penggalak, ‘boleh digunakan sebagai suntikan utama’.



Vaksin berkenaan boleh digunakan bagi dewasa dan kanak-kanak dan keselamatannya menyamai vaksin mRNA yang asal.

Keputusan itu dibuat selepas semakan kajian makmal mengenai tindak balas imuniti vaksin bivalen itu, khusus menyasarkan varian baharu, Omicron, selain virus asal Covid-19 yang pertama kali muncul di Wuhan, China pada akhir 2019.

Negara Eropah kini berlumba meluluskan dos vaksin generasi baharu supaya mereka boleh memulakan kempen suntikan doa penggalak dan bagi mereka yang belum menerima suntikan vaksin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Walaupun ‘varian membimbangkan’ sebelum ini seperti Alpha dan Delta hampir dihapuskan secara beransur-ansur, Omicron dan sub variannya terus mendominasi sehingga sekarang.



Varian BA.4 dan BA.5 khususnya menyebabkan kemunculan gelombang baharu wabak di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Semua varian Omicron hanya menyebabkan kesan gejala yang ringan dan kurang menjejaskan paru-paru serta salur pernafasan, menyebabkan gejala seperti demam, kelesuan dan hilang deria bau. – AFP

Korea Selatan Akan Suntik Dos Keempat Vaksin Akhir Bulan Ini

EU setuju vaksin Omicron dijadikan suntikan pertama, bukan penggalak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Bila Mantan PM Menghadap PM, Apa Job Yang Boleh Dapat?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker