Kek Coklat Kukus Lembap
Kek Coklat Kukus Lembap yang menggunakan kaedah sukatan cawan di dalam penyediaan bahan-bahannya. Kek ini tidak menggunakan telur tetapi hasilnya tetap sedap, lembut dan lembab. Boleh dikukus dalam bekas-bekas kecil jika anda mahu sediakan sebagai kek untuk ‘door gift’ atau juga untuk hidangan di majlis keraian.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk A:
- 1 cawan tepung naik sendiri
- 1 cawan serbuk koko
- 1 sudu teh baking powder
- Bahan-bahan untuk B:
- 1/2 cawan minyak sayuran
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1/4 cawan gula kastor
- 2 sudu teh esen vanila
- 1 cawan air panas
- Bahan-bahan untuk topping coklat:
- 100g coklat masakan, dark coklat
- 1/4 cawan susu segar
- 2 sudu besar mentega
- 1 sudu besar susu pekat
- coklat rice untuk hiasan
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk kek:
- Panaskan periuk kukusan yang sudah berisi air.
- Griskan loyang dengan butter dan taburkan dengan sedikit serbuk coklat supaya mudah dikeluarkan nanti.
- Ayak bahan-bahan A di dalam mangkuk dan ketepikan.
- Dalam mangkuk berasingan tuang minyak sayuran bersama susu pekat manis, gula kastor dan esen vanila. Kacau dengan whisk sehingga sebati.
- Tuang air panas berselang seli dengan bahan ayak tadi. Kacau lagi dengan whisk sehingga adunan hilang ketulan-ketulan dan halus sekata.
- Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25-30 minit. Sejukkan kek dahulu sebelum dikeluarkan daripada loyang.
- Cara-cara untuk topping coklat:
- Panaskan air dan letak mangkuk di atas permukaan wap. Kaedah ini dinamakan ‘double boiler’.
- Masukkan coklat, susu, butter dan susu pekat. Kacau sehingga topping cair dan adunan menjadi sebati.
- Sejukkan sebelum tuang topping coklat di atak kek.
- Tabur dengan coklat rice sebagai hiasan
Tip:
- Balut dan ikat kemas penutup kukusan dengan kain supaya air kukusan tidak menitik di dalam adunan kek.
- Sejukkan kek sepenuhnya sebelum dikeluarkan dari loyang supaya mendapat hasil permukaan kek cantik dan licin.
Kek Coklat Kukus Lembap
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Bangkit Semula?
- Mahathir akan tunggang MN 2.0 pula?
- Annuar Musa ikut skrip Mahathir tubuh MN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :