Anak berdendam dengan ibu, rasa tak ikhlas ‘hulur’ setiap bulan

Masa kecil dibenci, mula sayang apabila dah besar berduit

Anak berdendam dengan ibu, rasa tak ikhlas ‘hulur’ setiap bulan

Anak berdendam dengan ibu, rasa tak ikhlas ‘hulur’ setiap bulan
Seorang wanita meluahkan perasaan selepas terpaksa menjaga kedua orang tuanya.

CARA layanan ibu bapa terhadap anak-anak semasa kecil selalunya akan membentuk jati diri seseorang individu berkenaan apabila dewasa.

Sudah menjadi lumrah pengalaman semasa membesar itu sering menjadi batu asas terutama dalam sikap dan perilaku.

Bagi orang yang pernah mengalami penderaan emosi, mereka akan cenderung berkelakuan aneh mahupun bersikap negatif.



Mana tidaknya, setiap kali si ibu cuba berbuat baik, dia akan rasa menyampah dan tidak wajar.

Ia gara-gara trauma dengan perkara yang pernah dialami semasa kecil.

Anak berdendam dengan ibu, rasa tak ikhlas ‘hulur’ setiap bulan
Antara luahan seorang anak yang pernah menjadi mangsa penderaan emosi ibu bapa.

“Ingat lagi masa kecil-kecil dulu pernah ditendang dengan mak… masa tu umur dalam enam atau tujuh tahun.

“Maki hamun tu sudah menjadi perkara biasa didengari. Sampai sekarang masih ingat dia cakap sayabawa malang ,” luahnya menerusi Twitter.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Lebih mengguris hati apabila ibunya pernah menyuarakan hasrat ingin membunuhnya semasa kecil jika mengetahui kesukaran hidup yang dialami pada masa itu.

Disebabkan sering dimarahi, wanita terbabit mengakui dia akan mengalami mimpi ngeri selain sering terngiang-ngiang suara ibunya memanggil nama.

Keadaan yang berterusan itu mengakibatkan dia hidup dalam ketakutan.

“Banyak lagi yang saya pendam sampai ke besar. Pernah dua, tiga kali saya fikir nak bunuh diri dulu… nasib ada kawan-kawan yang bagi sokongan.



“Saya kerap sangat rasa nak lari dari rumah sebab rumah tu tak beri ketenangan untuk tapi sebab nak jaga air muka parents, saya sabar,” kongsinya yang turut merasakan setiap perkara yang dilakukan adalah salah.

Sabar dan teruskan jadi anak yang baik… mak awak pernah buat macam tu kat awak, itu hal dia dengan Tuhan.

NETIZEN

Menurutnya, situasi berkenaan terus menghantui dirinya sehinggalah dia mula bekerja dan mempunyai gaji yang akan dikirim sedikit kepada ibunya.

Apa yang menghairankan adalah, sikap ibunya mulai berubah dan sedikit berlembut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Pun begitu, dia mengakui tidak ikhlas selain sering berfikir sama ada wajarkah dia berbuat baik dengan orang yang pernah bertindak kasar dengannya.



“Masa belajar dulu pun, kalau tak ada duit… saya tak minta dengan parents sebab rasa tak layak nak minta.

“Saya ni anak yang menyusahkan jadi rela ikat perut tahan lapar sebab tak mahu minta duit, sebab nanti dia akan ungkit,” ujarnya yang merasakan diri seolah berdendam dengan orang tuanya.

 

Anak berdendam dengan ibu, rasa tak ikhlas ‘hulur’ setiap bulan
Sering dimarah menyebabkan anak berasa jauh hati dengan ibu bapa. – Gambar hiasan

Tambahnya, meskipun kedua orang tuanya sudah berlembut dan kurang memberi tekanan termasuk memaki hamun, namun dia merasakan emosinya masih terganggu.



Malah dia sering menangis sendirian serta ingin terus keluar rumah selepas berkahwin walaupun mengetahui hanya dia yang diharapkan oleh kedua orang tua.

Perkongsiannya itu menjadi tular di laman Twitter sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Menyusuri ruangan komen, rupanya ramai yang berdepan nasib sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Sama! Tapi jangan risau mereka tidak akan mengaku salah dengan anak-anak. Aku pernah cakap pasal benda ni on how they treat aku masa kecil, end up sendiri sakit hati.



Anak berdendam dengan ibu, rasa tak ikhlas ‘hulur’ setiap bulan
Warganet turut berkongsi pandangan masing-masing.

Parents yang macam ni selalu tak akan minta maaf pun kalau buat salah. Kita sebagai anak yang nak kena minta maaf walaupun yang salah tu mereka… mental memang cedera habis sebab parents fikir perasaan mereka sahaja.

“Macam ni la saya sekarang… dah grad kemudian masih cari kerja. Makian dan cacian itu kekal sampai kalau cakap baik pun saya menyampah. Dah tak sabar nak keluar rumah,”ujar beberapa netizen.

Pun begitu tidak kurang juga warganet yang memberi nasihat berguna dan memintanya terus menjadi anak yang soleh walaupun pernah didera emosi.

“Sabar dan teruskan jadi anak yang baik. Mak awak pernah buat macam tu kat awak, itu hal dia dengan Tuhan… semuanya akan dihisab jangan risau. Anak tu rezeki Allah bagi jadi kena jaga dan kalau dia tak buat Allah akan balas, tapi kita jangan buat kat orang.

“Salah parents. Kepada confessor semoga lembut hati untuk memaafkan.

“Cuba untuk jadi pemaaf… bukan untuk mereka, (tapi) untuk Allah. Semoga Allah memberi keberkatan yang berlipat kali ganda dalam hidup sebagai balasan kemaafan kamu,” ujar beberapa netizen lagi memberi pandangan.

Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara

Anak berdendam dengan ibu, rasa tak ikhlas ‘hulur’ setiap bulan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button