Dua kakitangan SUK Pahang ditahan tawar darjah kebesaran palsu

Dua kakitangan SUK Pahang ditahan tawar darjah kebesaran palsu

Dua kakitangan SUK Pahang ditahan tawar darjah kebesaran palsu
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf menunjukkan lambang darjah kebesaran yang tidak sah pada sidang media di pejabatnya. – NSTP/Asrol Awang

KUANTAN: Dua kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang ditahan kerana dipercayai menawarkan gelaran darjah kebesaran Pahang iaitu Datuk dan Datuk Seri palsu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penahanan dua lelaki itu masing-masing berumur 30 dan 36 tahun itu atas kesalahan menyalahgunakan nombor pengenalan kakitangan mereka.

Katanya, siasatan mendapati nombor terbabit digunakan dua suspek itu untuk mengakses sistem pengurusan darjah kebesaran dan pingat Pahang selain membuat pengubahsuaian tanpa kuasa kandungan.



“Berdasarkan laporan, kejadian dipercayai bermula pada 12 Oktober tahun lalu apabila pengadu dimaklumkan seorang kakitangan SUK Pahang menerima panggilan telefon daripada seorang kakitangan Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Kakitangan berkenaan bertanyakan mengenai seorang lelaki yang hadir sendiri ke Bahagian Istiadat Jabatan Perdana Menteri dengan tujuan hendak memasukkan nama beliau dalam sistem rekod pingat dan darjah kebesaran JPM, Putrajaya.

“Pengadu kemudiannya membuat semakan dan mendapati nama lelaki itu tersenarai dalam sistem pengurusan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang.

“Bagaimanapun, semakan dibuat di dalam senarai induk di pejabat Bahagian Istiadat dan Pengurusan Majlis Rasmi Pejabat SUK Pahang, pengadu mendapati bahawa nama lelaki itu tiada dalam senarai.



“Keadaan itu menimbulkan keraguan dan pengadu mengambil tindakan lanjut dan membuat laporan polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, di sini hari ini.

Ramli berkata, pengadu seterusnya mengarahkan kakitangan SUK Pahang untuk membuat semakan semula dalam sistem pengurusan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang bagi mendapatkan maklumat mengenai kemasukan data individu yang tidak sah dan tidak sepatutnya berada dalam sistem itu.

Katanya, selepas semakan dibuat, pengadu mendapati terdapat 29 individu iaitu nama serta butiran peribadi individu itu dimasukkan dalam sistem itu bagi tujuan menerima darjah kebesaran negeri Pahang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.

“Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang membawa kepada tangkapan dua individu terbabit yang juga kakitangan SUK Pahang.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Siasatan mendapati bahawa suspek pertama bekerja sebagai pembantu operasi dan suspek kedua bekerja sebagai pembantu tadbir secara kontrak di Pejabat SUK Pahang.

“Siasatan mendapati suspek pertama memasukkan nama 26 individu yang tidak sepatutnya dimasukkan dan tidak disenaraikan sebagai individu yang akan menerima apa jenis anugerah daripada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Suspek kedua pula memasukkan nama tiga individu bagi tujuan sama,” katanya.

Ramli berkata, siasatan juga mendapati 29 individu berusia antara 40 hingga 60 tahun yang disenaraikan secara tidak sah itu juga akan ditahan bagi membantu siasatan.



Katanya, penerima tawaran gelaran Datuk dan Datuk Seri berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor membayar antara RM80,000 sehingga RM150,000 untuk mendapatkan gelaran terbabit.

Dalam kes terbabit, Ramli berkata, orang ramai, khususnya yang berkepentingan untuk mendapat gelaran dan pingat supaya melalui prosedur dan proses yang ditetapkan dan jangan mudah percaya sekiranya didatangi oleh individu yang mengaku boleh membantu atau sebagai ejen untuk mendapatkan gelaran terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Ini kerana kerajaan negeri adalah penguasa yang akan menghalusi dan meneliti setiap permohonan dan akan melalui beberapa proses lanjut sebelum kelulusan.

“Oleh itu saya mengingatkan kepada mana-mana individu yang menggunakan `emblem’ diwarta secara tidak sah adalah tidak dibenarkan.



“Mana-mana individu yang menggunakan lambang, nama dan rupaan gambar yang tidak wajar boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Lambang dan Nama (mencegah penggunaan tidak wajar) 1963 dan dihukum mengikut Seksyen 5.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Pertukaran SUK Melaka diketahui awal – Sulaiman



Dua kakitangan SUK Pahang ditahan tawar darjah kebesaran palsu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM Hadapi Zaman Sibuk, Lepas Siasat RM92.5 Bilion, Fail ‘Mark Up’ Projek YTL Di Sabah Menunggu

 

 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading