Lukaku terdesak, tawar diri ke Roma

Lukaku terdesak, tawar diri ke Roma

Lukaku terdesak, tawar diri ke Roma
LUKAKU (kiri) semakin terdesak mencari kelab baharu sebelum jendela perpindahan pemain ditutup pada 1 September ini. – AFP

ROM – Penyerang buangan Chelsea, Romelu Lukaku semakin terdesak mahu meninggalkan Chelsea apabila dilaporkan telah menawarkan dirinya untuk menyertai AS Roma.

Masa depan Lukaku, 30, kini dilihat terus terumbang-ambing dan dia hanya mempunyai tempoh seminggu untuk mencari kelab baharu sebelum jendela perpindahan ditutup pada 1 September ini.

Bintang Belgium itu dikatakan tersilap membuat percaturan apabila menolak menyertai Inter Milan secara tetap dengan memilih untuk melakukan rundi­ngan bersama Juventus.



Bagaimanapun, Juventus enggan membayar tuntutan Chelsea bernilai £35 juta (RM204.63 juta) kerana pengurusnya, Mauricio Pochettino tidak berminat de­ngan urusan pertukaran pemain melibatkan Dusan Vlahovic.

Kini, Lukaku perlu mengharap­kan ketua jurulatih Roma, Jose Mourinho sudi menerimanya memandangkan mereka berdua pernah bekerja bersama ketika di Chelsea dan Manchester Uni­ted sebelum ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Azmin Mula Menyerang Muhyiddin, Adakah PAS Di Belakangnya?




Roma sememangnya memerlukan sentuhan penyerang prolifik seperti Lukaku disebabkan kecederaan serius Anterior Cruciate Ligament (ACL) dialami penggempur utamanya, Tammy Abraham.

Walaupun Roma dikatakan semakin hampir untuk mengikat kontrak dengan penyerang Ba­yer Leverkusen, Sardar Azmoun tetapi kehadiran Lukaku mampu membantu Giallorossi menjuarai gelaran musim ini.

Bagaimanapun, ia bukan sesuatu yang mudah kerana Mourinho juga masih mempu­nyai dua lagi penyerang sensasi seperti Paulo Dybala dan Andrea Belotti. – AGENSI




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading