Resepi Biskut Mentega Kacang

Resepi Biskut Mentega Kacang
Resepi Biskut Mentega Kacang

 

Resepi Biskut Mentega Kacang, biskut klasik yang diadaptasi dari resepi barat. Biskut ini sangat sedap, rangup dan berlemak. Che Nom gunakan mentega kacang yang rangup supaya ada tekstur kekacang rangup di dalam biskut apabila dikunyah. Anda boleh juga gunakan mentega kacang berkrim yang biasa sebangai ganti.

Tak ada masalah. Untuk sukatan gula pula..boleh kurangkan sedikit jika tak suka manis. Tetapi jangan kurang sangat, nanti tak sedap pula. Ada dua jenis gula digunakan dalam resepi biskut ni. Satu gula kastor biasa dan satu lagi gula perang. Gula perang akan membangkitkan rasa manis lebih lembut kepada biskut ini. Selamat mencuba.

 



Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk biskut:
    • 230g mentega kacang rangup (crunchy peanut butter)
    • 75g mentega tak bergaram (unsalted butter)
    • 90g gula kastor
    • 90g gula perang
    • 1 biji telur, saiz A
    • 140g tepung naik sendiri, ayak

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk biskut:
    1. Panaskan oven kepada suhu 160°C.
    2. Pukul mentega, mentega kacang dan telur sehingga berkrim.
    3. Masukkan gula kastor dan gula perang dan teruskan kacau sehingga sebati.
    4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga menjadi doh yang lembut.
    5. Uli doh sebesar biji guli, susun di atas loyang dan tekan dengan garfu.
    6. Bakar selama 10 minit.
    7. Angkat dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.

 



Tip:

 

  • Jika anda rasa biskut ni rupanya terlalu simple, boleh dihiaskan dengan potongan ceri atau coklat dan white drizzle supaya kelihatan lebih menarik.

Resepi Kuah Kacang Pekat Dan Pedas

Resepi Biskut Mentega Kacang

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button