Resepi Biskut Thumb Print

Resepi Biskut Thumb Print
Resepi Biskut Thumb Print

 

Resepi Biskut Thumb Print yang sangat mudah tapi menghasilkan biskut yang cantik dan menarik. Orang putih panggil biskut ni sebagai ‘festive cookies’ kerana selalu dihidangkan pada waktu perayaan mereka. Sesuai sangat kalau nak hidangkan di Hari Raya nanti. Biskut ni adalah salah satu biskut kegemaran Che Nom.

Pastikan anda gunakan jem dan butter/mentega berkualiti tinggi. Untuk resepi ini, Che Nom gunakan unsalted butter. Tapi jika ada gunakan salted buttertak perlu lagi letak garam ye, abaikan sukatan garam dalam resepi tu. Bagi Che Nom, penggunaan unsalted butter lagi sedap untuk biskut. Tapi tak ada masalah jika guna salted butter pun. Jem pula, boleh gunakan jem apa sahaja yang anda suka. Jem raspberry, jem blueberry, jem aprikot..semua ikut selera masing-masing. Anda harus cuba resepi biskut ni.

 



Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk biskut:
    • 170g (3/4 cawan) mentega, suhu bilik
    • 150g (2/3 cawan) gula
    • 1 biji telur, size besar
    • 1 sudu teh esen vanilla
    • 2 ½ cawan tepung gandum
    • ½ sudu teh baking powder
    • ¼ sudu teh garam
    • Jem strawberry secukupnya

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Panaskan oven pada suhu 150°C.
  2. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang.
  4. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  6. Tutup doh atau balut dengan plastik wrap dan rehatkan di dalam peti ais selama 2 jam.
  7. Keluarkan dan uli doh bulat-bulat kecil sebesar biji guli. Tekan dengan ibu jari membentuk lubang kecil.
  8. Sudukan sedikit jem di atas supaya memenuhi lubang kecil, tetapi jangan terlalu penuh nanti jem akan melimpah apabila dibakar.
  9. Bakar selama 10-15 minit, atau sehingga kekuningan.
  10. Angkat dan sejukkan.

 



Tip:

 

  • Boleh juga gunakan hujung senduk untuk membuat lubang pada bahagian atas doh.

Harga biskut raya naik

Resepi Biskut Thumb Print


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button