Seludup daging haiwan eksotik guna kapal nelayan

Seludup daging haiwan eksotik guna kapal nelayan

Seludup daging haiwan eksotik guna kapal nelayan
Sidang Media bersama Jabatan Perhilitan, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sempena Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah di Kuching. NSTP/Nadim Bokhari

KUCHING: Nelayan asing yang berlabuh di pelabuhan perikanan di negara ini dikesan mengambil kesempatan mendapatkan daging haiwan eksotik untuk diseludup ke negara asal mereka.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Ribuan Abdullah, berkata kes pertama menggunakan taktik itu dikesan di Kelantan, tahun lalu.

Katanya, ketika berlabuh di negara ini, nelayan asing terbabit yang datang dari rantau Indochina mengambil kesempatan mencari daging haiwan eksotik seperti musang.



“Mereka kemudian membawa balik daging itu melalui jalan laut dan kemudian menjualnya pula di negara asal.

“Justeru, pemantauan rapi dijalankan di pelabuhan perikanan bagi mengesan kegiatan itu daripada berulang,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah Siri 12, Bil 3/2022, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain dan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

Ribuan berkata, tahun ini, sebanyak 23 kertas siasatan dibuka membabitkan pelbagai kesalahan mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008 dengan nilai rampasan sebanyak RM73.4 juta.

“Tahun ini juga JKDM membuat 15 serahan kes kepada pihak berkuasa tempatan membabitkan pergerakan hidupan liar tanpa kelulusan antara wilayah dari Semenanjung, Sabah, Sarawak dan sebaliknya.

“Kes itu membabitkan pelbagai spesies fauna yang masih hidup, antaranya ular, biawak dan kura-kura,” katanya.



Beliau berkata, dalam Operasi Bersepadu Khazanah 2022, JKDM mengesan peningkatan kemasukan hidupan liar terancam dari luar negara ke Malaysia serta pergerakan antara wilayah di Malaysia (dari dan ke Sabah, Sarawak, Semenanjung) menerusi kargo, bungkusan dan penumpang penerbangan.

“Pergerakan membabitkan pelbagai jenis fauna dan flora serta bahagiannya seperti kura-kura, kulit rusa, pokok hiasan dan bulu burung merak tanpa permit kelulusan.

“Tahun ini juga JKDM menahan sebuah kontena yang sarat dengan dagangan larangan di bawah Perintah Kastam (Larangan Import) Tahun 2017 dan Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar (CITES) seperti gading gajah, sumbu badak, tulang singa dan sisik tenggiling,” katanya.

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

Sementara itu, Razarudin, seramai 16 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengisi perjawatan Biro Jenayah Hidupan Liar (WCB) di Bukit Aman.

“Ia adalah antara 50 perjawatan WCB yang sudah diluluskan kerajaan dan kita jangka semua perjawatan akan diisi tahun depan,” katanya.

Ismail Sabri dijangka tidak hadir MKT



Seludup daging haiwan eksotik guna kapal nelayan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ismail Sabri dijangka tidak hadir MKT

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button