Ramai ‘politik-kus’ ikut Annuar Musa masuk PAS

Oleh – Bakhtiar Omar


Ramai 'politik-kus' ikut Annuar Musa masuk PAS

Semalam, seluruh negara gempar dengan pengumuman oleh Tan Sri Annuar Musa. Ramai ‘politik-kus’ telah mengikuti Annuar Musa untuk menyertai PAS (Parti Islam Se-Malaysia) seperti yang beliau umumkan lebih awal.

Ini termasuk anak lelaki tunggal beliau sendiri, Afiq Amani Annuar yang bertindak keluar Umno serta-merta.

Ramai 'politik-kus' ikut Annuar Musa masuk PAS
Afiq Amani Annuar

Meneliti senarai ‘politik-kus’ yang mengambil keputusan untuk menyertai PAS sekaligus bergabung di bawah payung Perikatan Nasional, banyak ‘nama besar’ yang berjaya di’tarbiah’ Annuar Musa.



Ramai 'politik-kus' ikut Annuar Musa masuk PAS

Mereka terdiri daripada bekas Datuk Bandar Ipoh, bekas TKSU Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar, bekas calon PRU15 P105, Petaling Jaya, bekas Pengarah Perbadanan Putrajaya, bekas COO, QSR Outreach Services Sdn Bhd, bekas Ketua Pemuda Umno Bagan Datuk, bekas Ketua Pengarah JKOM, 3 bekas exco Pemuda Umno dan seorang AJK Umno Bukit Bintang.

More Umno members will be leaving the party to join PAS, claims former Ketereh MP Tan Sri Annuar Musa.

“I will not give the exact number… There are so many who have and are planning to leave Umno.

 

“We won’t play Umno’s game by relying on numbers alone,” he told a press conference at his residence in Ketereh near here on Friday (Aug 4). – Tan Sri Annuar Musa – 4/8/2023

Turut ikut serta dalam pengumuman Annuar Musa ialah ahli dari salah satu cawangan di Bahagian Ketereh.

“Kita akan buat pengumuman penting, termasuk pengisytiharan ramai pemimpin dan ahli parti serta mantan Ketua Setiausaha dan bekas EXCO yang akan keluar daripada UMNO.

“Ini bukan saja dalam kalangan pemimpin dan ahli dalam Parlimen Ketereh, malah beberapa kawasan yang lain,” – Tan Sri Annuar Musa 2/8/2023

Berbeza nada Annuar Musa semalam berbanding ucapannya pada 2 Ogos 2023 bilamana beliau menyatakan akan berlaku satu peristiwa besar bakal melanda Umno pada 4 Ogos 2023.

Annuar Musa yang sedang giat berkempen bagi pihak PAS-Perikatan Nasional dilihat lebih menumpukan serangan terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi daripada bercakap soal kemajuan negeri Kelantan itu sendiri.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker