Resepi Ayam Masak Gajus
Resepi Ayam Masak Gajus yang memang sedap, cepat juga disediakan. Harus dicuba jika anda ingin mempelbagaikan variasi lauk untuk dihidangkan kepada keluarga. Rasa gajus yang lemak memang sedap ditambah kepada masakan ini.
Bahan-bahan:
- 400 gram ayam, potong sederhana kecil
- 3 ulas bawang putih, hiris nipis
- 2 biji bawang merah, hiris nipis
- 1/2 inci halia, hiris nipis
- 1/2 senduk minyak masak
- 1 cawan gajus, goreng tanpa minyak hingga naik bau.
- 2 sudu besar cili kisar
- 1 sudu kecil minyak bijan
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 biji bawang besar atau bawang holland, potong bulat
Cara Penyediaan:
- Goreng ayam separuh masak, lebih baik di goreng di atas kuali non stick. Angkat dan asingkan.
- Panaskan minyak bekas gorengan ayam tadi.Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan cili kisar dan teruskan masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan ayam, kacau selama 1-2 minit, kemudian masukkan sos tiram, sos cili, minyak bijan, kicap manis, kicap cair dan gajus. Teruskan memasak sehingga ayam lembut dan masak sepenuhnya. Taburkan dengan bawang besar dan perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.
Tip:
- Tujuan menggoreng dulu ayam separuh masak adalah supaya menambahkan lagi kelazatan ayam kerana apabila digoreng, bahagian luar akan garing dan berkaramel.
Resepi Ayam Masak Gajus
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri tidak berani lapor kepada RoS?
- Mungkinkah Jho Lo Dan Pasangan Beliau Yang Panjat Menara 118?
- Kredibiliti Hadi Awang Ibarat Telur Di Hujung Tanduk
- Dalil’ apa akan digunakan PAS untuk ‘halalkan’ rasuah?
- Tok Mat Hassan: Status KJ Di Tentukan Petang Ini