Pemanis tiruan mungkin ada bahan cetus kanser

Pemanis tiruan mungkin ada bahan cetus kanser

Pemanis tiruan mungkin ada bahan cetus kanser
WHO hari ini mengklasifikasikan aspartam sebagai kategori Kumpulan 2B yang kemungkinan karsinogenik kepada manusia. FOTO Reuters.

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengklasifikasikan aspartam iaitu pemanis tiruan yang biasa digunakan dalam minuman ringan, sebagai ‘kemungkinan karsinogenik kepada manusia’, walaupun tahap pengambilan harian yang boleh diterima (ADI) kekal tidak berubah.

“Namun, kami tidak menasihati syarikat untuk menarik balik produk (yang mengandungi bahan itu), mahupun melarang pengguna daripada mengambilnya sama sekali,” kata Pengarah Keselamatan Makanan dan Nutrisi WHO, Francesco Branca.

Pada sidang media membentangkan dua bukti mengenai aspartam, beliau berkata, pihaknya hanya mencadangkan supaya pengambilan pemanis itu secara sederhana.



Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan Kanser (IARC) WHO melakukan penilaian pertamanya terhadap karsinogen (bahan cetus kanser) dalam aspartam pada mesyuarat di Lyon, Perancis pada 6 hingga 13 Jun lalu.

“Kumpulan kerja mengklasifikasikan aspartam sebagai mungkin karsinogenik kepada manusia,” kata WHO.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa pengganti Muhyiddin dalam BERSATU?




Ia diletakkan di bawah kategori Kumpulan 2B berdasarkan bukti tersedia yang terhad, khususnya berkaitan karsinoma hepatoselular iaitu sejenis kanser hati.

Selain itu, terdapat juga bukti kukuh yang terhad mengenai kanser dalam haiwan eksperimen.

Mary Schubauer-Berigan daripada IARC berkata, bukti terhad bagi karsinoma hepatoselular itu menerusi tiga kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat (AS) dan merentasi 10 negara Eropah.

“Ini adalah satu-satunya kajian epidemiologi yang mengkaji kanser hati,” katanya kepada pemberita.



IARC dalam erti kata lain, katanya menyuarakan kajian itu untuk tindakan kerana ia masih memerlukan lebih banyak penjelasan, dan kepentingannya tidak boleh ditolak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hadi Awang: Tragedi Memali Soalan Syaitan


Profesor epidemiologi kanser di Pusat Perubatan Cedars-Sinai, Los Angeles, Paul Pharoah berkata, kategori Kumpulan 2B juga mengandungi ekstrak aloe vera dan asid kafeik yang terdapat dalam teh dan kopi.



“(Bagaimanapun) Orang awam tidak seharusnya bimbang risiko kanser yang dikaitkan dengan bahan kimia yang dikelaskan sebagai Kumpulan 2B,” katanya.

Kumpulan kedua, Jawatankuasa Pakar Bersama mengenai Aditif Makanan yang dibentuk oleh WHO dan rakan agensi, Pertubuhan Makanan dan Pertanian bertemu di Geneva pada 27 Jun hingga 6 Julai untuk menilai risiko yang berkaitan dengan aspartam.

Kesimpulan dibuat bahawa data yang dinilai menunjukkan tiada sebab untuk menukar ADI yang diputuskan pada 1981, iaitu daripada sifar hingga 40 miligram (mg) aspartam bagi setiap kilogram (kg) berat badan.

Dengan setin minuman ringan tanpa gula yang biasanya mengandungi 200 atau 300 mg pemanis aspartam, orang dewasa dengan berat 70kg perlu mengambil lebih daripada sembilan tin hingga 14 tin sehari untuk melebihi ADI.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Mesti Bersedia Hadapi PRK Parlimen Kuala Terengganu


Ia dengan mengandaikan tiada pengambilan aspartam tambahan daripada sumber lain, katanya.

“Masalahnya adalah untuk pengguna yang tinggi pengambilannya. Seseorang yang minum soda sekali-sekala… tidak sepatutnya risau.” kata Branca.



Pemanis tiruan mungkin ada bahan cetus kanser


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Abang Budin Bayar Cukai Pendapatan Tak?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button