Siakap Goreng Sos Plum

Siakap Goreng Sos Plum
Siakap Goreng Sos Plum

 

Resepi Siakap Goreng Sos Plum, rasanya sungguh sedap sekali. Masakan ini tidak memerlukan bahan yang banyak, dan bahan utamanya ialah sos plum.Sos plum berwarna perang kekuningan, pekat dan mempunyai rasa masam dan manis. Selalunya digunakan dalam masakan Cina dan juga sebagai sos pencicah.Che Nom sarankan anda cuba resepi ini, terutama kepada sesiapa yang inginkan kelainan dalam masakan ikan bergoreng. Selamat mencuba 🙂

 

Bahan-bahan:

 



  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam
  • daun ketumbar ATAU daun bawang, untuk taburan
  • Bahan untuk kuah sos plum:
    • 1/2 cawan sos plum
    • 2 sudu besar sos cili Thai
    • 1 sudu besar sos ikan
    • 2 biji bawang merah, hiris nipis
    • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
    • 1 inci halia muda, hiris nipis memanjang seperti mancis
    • 1 biji bawang besar, potong membulat atau wedges
    • 4 biji cili padi, hiris nipis
    • 1 biji limau nipis, perah jus

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali, pastikan cukup untuk ‘deep fry’ ikan siakap.
  2. Bersihkan ikan, sapu sedikit garam dan salut dengan tepung jagung. Goreng sehingga masak dan garing.
  3. Cara-cara untuk sos plum:
    1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia muda sehingga naik bau.
    2. Masukkan sos plum, sos cili Thai, jus limau nipis, sos ikan dan cili padi. Kacau sehingga kuah masak. Tambah sedikit air untuk kepekatan kuah yang sesuai.
    3. Masukkan bawang besar dan garam secukupnya. Tidak perlu dimasukkan gula lagi kerana sos plum sudah manis.
    4. Tuang kuah sos plum di atas ikan siakap goreng dan tabur dengan daun ketumbar atau daun bawang.

Siakap 3 Rasa Ala Thai



Siakap Goreng Sos Plum

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button