Resepi Donut Gebu
Bagi penggemar donut, anda boleh mencuba resepi Donut Gebu ini. Teksturnya sangat lembut dan sedap dimakan jika dicelupkan di dalam coklat glaze. Boleh juga jika disalut dengan gula halus sahaja.
Bahan-bahan:
- Bahan untuk doh:
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 2 1/2 sudu teh yis segera
- 2 sudu besar air suam
- 3/4 cawan susu full cream
- 1/4 cawan gua kastor
- 1/2 sudu teh garam halus
- 1 biji telur
- 1/4 cawan mentega, suhu bilik
- Bahan untuk coklat glaze:
- 250g coklat bar, cincang kasar
- 1/2 cawan mentega
- 1/4 cawan gula
- 1/4 cawan susu full cream
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk donut:
- Bancuh yis segera dengan 2 sudu air suam dan biarkan sehingga berbuih.
- Satukan tepung, gula, garam di dalam mangkuk. Kacau sedikit menggunakan whisk supaya bahan kering digaul sebati. Kemudian gaulkan adunan tadi bersama butter.
- Dalam mangkuk berasingan satukan susu, telur dan bancuhan yis. Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan kering dan kacau sehingga menjadi doh dan uli seketika. Taburkan dengan sedikit tepung jika doh melekat di tangan. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang sudah di gris dengan sedikit minyak dan tutup dengan plastik wrap. Biarkan doh naik menjadi dua kali ganda.
- Apabila doh sudah naik dua kali ganda, keluarkan dan tumbuk sedikit supaya udara keluar. Kembali menguli selama 3-5 minit. Canai doh setebal 1/2 inci dan terap menggunakan acuan donut. Susun di atas dulang dan tutup dengan kain yang bersih dan biarkan donut naik 2 kali ganda sebelum menggoreng.
- Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan. Sejukkan di atas tray dan salut dengan gula halus ataupun coklat glaze.
- Cara untuk coklat glaze:
- Panaskan susu di dalam periuk diatas api yang kecil. Apabila susu sudah suam, masukkan ketulan kecil coklat, gula dan mentega. Kacau sebati sehingga pekat. Angkat dan sejukkan.
Resepi Donut Gebu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?
- Berapa Ramai Bakal Kluster Mahkamah Dalam Kabinet Bayangan PN
- Pemilihan Ketua Pemuda, ada yang ‘jual’ nama?
- UMNO Perlu Lakukan Pembersihan Fasa 2
- Kes Rasuah Zeti dan Nazlan “Bisul” negara.
- “Perjanjian Rahsia” antara sebab Ismail Sabri gagal
- Pemilihan UMNO : KUDETA 2.0 sedang diatur
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini