Letusan Marapi: Hujan abu di 14 daerah
Letusan Marapi: Hujan abu di 14 daerah
Jakarta: Hujan abu melanda di beberapa daerah kecil di sekitar Agam, Sumatera Barat, susulan letusan Gunung Berapi Marapi, pada Ahad.
Portal detikcom melaporkan, terdapat 14 daerah kecil di sekitar Gunung Marapi dilanda hujan abu.
Salah seorang penduduk Agam, Asep berkata, hujan abu itu melanda daerah terbabit, sejak 4.59 petang, Ahad. .
“Sukar untuk menunggang motosikal kerana serpihan abu (gunung berapi) terkena mata dan jadi pedih,” katanya.
Tambahnya, hujan itu terkena wajahnya sepanjang melalui jalan terbabit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sudah Sampai Masanya Hamzah Serahkan Jawatan Ketua Pembangkang Kepada Dr Sam
- Warga Israel Merayu Supaya Kerajaan Israel Membawa Pulang Mayat Keluarga Mereka
Bukan itu saja, pakaian yang dipakai, motosikal dan kenderaan yang diparkir diliputi oleh debu abu gunung berapi.
“Awalnya saya tidak tahu kejadian (letusan gung berapi) itu. Bagaimanapun, beberapa minit, debu meliputi pakaian,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk lain yang dikenali sebagai Lasmi, berkata, dia terhidu bau belerang yang kuat di sekitar rumahnya.
“Bau belerang cukup menyengat di sekitar rumah, kesan dari hujan abu itu,” katanya.
Portal Kompas pula melaporkan hujan abu bercampur kerikil melanda daerah Ampek Angkek di Sumatera Barat akibat letusan gunung berapi itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Khairy Jamaluddin bodoh, cuba provokasi guna foto ‘super impose’
- Masih tiada keadilan buat Najib Razak
- “Pemimpin Perikatan Nasional kata syarat ketat” – Syed Abu Hussin
Salah seorang penduduk Ampek Angkek, Romi, 42, berkata, sebelum terjadi bencana itu, terdengar bunyi gemuruh.
“Ada bunyi gemuruh kemudian seakan gempa bumi. Saya terkejut dan lari keluar rumah,” kata Romi
Menurut Romi, tidak berapa lama selepas letusan itu, hujan abu yang disertai kerikil hingga menyebabkan bunyi di atap rumah.
“Seperti hujan deras yang menyebabkan atap berbunyi. Tapi ia adalah kerikil, dan bau belerang menyengat,” kata Romi.
Sementara itu, Ketua Kesihatan Awam Agam, Hendri Rusdian mengingatkan penduduk untuk tidak keluar rumah bagi mengelak mereka terdedah dengan abu gunung berapi itu dan mereka diingatkan supaya memakai pelitup muka.
Gunung Marapi, gunung berapi paling aktif di Pulau Sumatera, meletus, jam 2.54 petang (waktu tempatan) pada Ahad.
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG) melaporkan letusan itu memuntahkan abu mengandungi bahan gunung berapi sehingga tiga kilometer (km) dari kawah puncak, diiringi bunyi gemuruh.
Peningkatan aktiviti gunung berapi di gunung setinggi 2,891 meter itu berterusan sejak awal tahun ini dan status amaran ditetapkan pada tahap dua.
Gunung Marapi meletus pada 8 September 1830, dan sekali lagi pada 30 April 1979 menyebabkan sekurang-kurangnya 60 kematian.
Ia menunjukkan peningkatan aktiviti dari akhir 2011 hingga awal 2014 dan meletus pada 26 Februari 2014, mengeluarkan bahan gunung berapi ke Agam dan Tanah Datar.
Letusan Marapi: Hujan abu di 14 daerah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pasca Kemaman, untung sabut atau untung batu buat Kerajaan?
- Kemenangan Besar PRK Kemaman Bakal Lenyapkan Legasi Nik Aziz Dalam PAS
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.