Potensi pertumbuhan esukan di rantau ini sangat kuat – Yew

KUALA LUMPUR, 16 Okt — Pertumbuhan sukan elektronik atau esukan di rantau Asia Tenggara seolah-olah tidak dapat dielakkan, kata pemenang pingat emas e-Sukan pada Sukan SEA Dr Yew Weng Kean.

Atlet berusia 30 tahun itu yang menjadi atlet esukan Malaysia pertama memenangi pingatΒ emas Sukan SEA 2019 dalam permainanΒ Hearthstone berkata, telah terbukti dengan perkembangan terbaru bahawa e-Sukan akan dimasukkan dalam Sukan SEA 2021, selepas ia Β disahkan untuk Sukan Dalam Dewan Asia 2021.

β€œSaya amat lega kerana tuan rumah telah memutuskan untuk memasukkan esukanΒ dalam Sukan SEA akan datang. Saya telah nyatakan sebelum ini dan ramai yang akan bersetuju dengan saya, ia adalah kesalahan besar dan langkah terkebelakang jika esukan dikeluarkan daripada acara selepas melalui proses yang sukar untuk menjadiΒ acara pingat dalam Sukan SEA di Manila.

β€œPotensi pertumbuhan esukan di Asia Tenggara sangat kuat,” kata pembantu profesor kejuruteraan elektrik itu kepada Bernama.



Menurut laporan media Vietnam, esukan, triatlon, boling dan jiu jitsu adalah empat sukanΒ tambahan yang akan dipertandingkan pada Sukan SEA ke-31 di Hanoi selepas tuan rumah hanya menyenaraikan 36 sebelum ini, namun pengumuman rasmi dijangka bulan depan.

Dengan Dota 2, Arena of Valor danΒ Pro Evolution Soccer (PES) akan menjadi tiga daripada enam acara yang dipertandingkan di bawah esukan,Β Yew, yang dikenali dengan nama jolokan wkyew90, menjangkakan Vietnam akan memilih permainan yang popular di Asia Tenggara dan mempunyai kelebihan untuk memenangi pingat.

β€œTetapi bagi Malaysia, kita pasti mempunyai bakat berpotensi iaitu bertaraf dunia dan boleh memberikanΒ cabaran.Β Jika kita gandingkan ini bersama struktur latihan yang betul, kita berpotensi untuk mengalahkan sesiapa,” katanya.

— BERNAMA



KERTAS PUTIH FELDA – FAKTA vs AUTA (EPISOD 1)

KERTAS PUTIH FELDA – FAKTA vs AUTA (EPISOD 1)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker