Resepi Mee Hailam

Resepi Mee Hailam
Resepi Mee Hailam

Resepi Mee Hailam, yang sedap dan mudah. Che Nom masak hidangan ni pada hujung minggu lepas dan kesedapannya memang setanding dengan rasa mee Hailam di restoran Thai. Selamat mencuba šŸ™‚

Bahan-bahan:

  • 500g mee kuning
  • 4 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 mangkuk isi ayam, yang telah direbus
  • 1 mangkuk udang
  • 3 ekor sotong
  • kicap pekat
  • 1 sudu kecil lada hitam ATAU lada sulah
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sayur sawi, asingkan batang dan daun
  • 3 batang jagung muda, hiris nipis
  • 1/2 biji karot, hiris nipis
  • 1 biji tomato, potong 6
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • air secukupnya
  • Bahan untuk hiasan:
    • cili merah, hiris nipis
    • bawang goreng
    • limau nipis

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan air dan celur mee kuning. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam, udang, sotong dan karot. Kacau sehingga separuh masak.
  3. Masukkan air secukupnya, kicap, sos tomato, sos tiram, batang sawi dan lada hitam dan masak sehingga kuah mendidih.
  4. Masukkan daun sawi, jagung muda dan tomato. Tuang pula bancuhan tepung jagung dan didihkan sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Tuang kuah di atas mee dan hiaskan denagn cili merah, bawang goreng dan limau nipis.

Mee Goreng Laku Keras

Resepi Mee Hailam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Letak jawatan tidak jadikan Wan Saiful ‘bersih’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button